Step Deko Rumah Yang Perlu Korang Tahu
Bila pindah rumah sendiri, memang idea nak mendeko tu mencurah-curah berbanding duduk rumah sewa kan? Sebab siapa je tak nak cantikkan rumah yang kita dah pulun habis nak beli kan?
So kalau korang tak tahu nak mulakan dari mana, Ashley nak share sikit step yang boleh korang ikut supaya proses mendeko lebih smooth je.
1. Setkan preference
Bayangkan korang nak hasil rumah tu nanti macam mana dan apa vibe yang korang nak masukkan dalam tu, Boleh dapatkan inspirasi dengan tengok website, majalah atau masuk dalam group-group FB pasal deko-deko rumah untuk idea.
2. Bajet
Lepas dah dapat idea/konsep rumah tu, korang bolehlah tengok sesuai ke tak dengan bajet. Jangan sampai lebih bajet korang, terpaksa korek sana sini. Kalau bajet untuk mendeko tu besar sangat, bolehlah mulakan sikit sikit.
3. Pelan lantai/warna/lampu
Kena ada pelan supaya korang boleh nampak secara visual match ke tidak deko korang dengan warna yang korang nak guna tu. Termasuklah design lampu tau. Bila semua ni balance, tak adalah hasilnya menyakitkan mata.
4. Cat
Untuk option cat, serlahkan kreativiti korang. nak guna single colour pun boleh, nak buat ada corak-corak ala-ala mural pun boleh. Asalkan tonanya nampak tenang dan cantik.
5. Perabot
Perabot pun mainkan peranan jugak. Pemilihan perabot yang betul akan buatkan rumah korang akan nampak lebih luas, cantik dan eksklusif tau. Nak custom-made, atau beli je yang sedia ada mana-mana yang sesuai dan kena dengan bajet. Perabot ni termasuklah karpet, dekorasi dan sebagainya.
6. Final touch
Bila semua dah settle bolehlah touch up sikit sikit untuk lengkapkan rumah supaya terasa macam rumah. Sentiasa ingat, proses deko sebenarnya tak susah pun. Mulakan dari dinding dan barulah ke tempat lain.
Untuk idea cat dinding, korang boleh tengok cara Yuyu Zulaikha buat gunakan cat special effects. Memang menarik.
Artikel asal: Ashley Yeen