Santai Ber-Day Trip Di Kuala Langat, Apa Yang Menarik?
Sis tahu, korang sejak sejak rentas negeri dibenarkan, hujung minggu memang tak lekat kan dekat rumah? Mesti ada je plan nak pergi jalan-jalan.
Kalau korang tengah frust, atau nak rileks rileks lari dari kesibukan duniawi (gituh!), sis cadangkan korang ke Kuala Langat, Selangor. Hari tu Seri Wangi share, aduhai menarik betullah.
Tentatif yang boleh korang ikut kalau korang nak ber-day trip ke Kuala Langat:
9.00 a.m: Sarapan pagi di Kedai Kopi & Makanan Phua Kian Guan
10.00 a.m: Berjalan-jalan di sekitar Kuil Fo Guang Shan Dong Zen
11.00 a.m: Lawati Mah Meri Cultural Village untuk mempelajari budaya Orang Asal Negeri Selangor
12.00 p.m: Dapatkan makanan tengahari di Restoran Selera Tujuh
1.00 p.m: Membeli-belah di kedai Kerepek Ros yang terkenal
2.00 p.m: Bersiar-siar di Bukit Jugra dan sertai aktiviti paragliding
4.00 p.m: Lawati Kuan Wellness Eco Park
5.00 p.m: Singgah ke Mansion 1969 Café untuk minum petang
6.00 p.m: Saksikan matahari terbenam yang menakjubkan di Pantai Morib
7.00 p.m: Makan malam di Assam Batu Laut
- Kedai Kopi dan Makanan Phua Kian Guan
Restoran Cina ni memang jadi pilihan ramai orang dekat sini. Dengan gaya lama, semestinya korang akan rasa macam tengah ada dekat zaman dulu. Paling best tengok dia punya kuih dan mi yang pelbagai tu, lagi-lagi kuih chai dan ubi keledek goreng memang tak ada tandingannya.
2. Kuil Fo Guang Shan Dong Zen
Masuk sini FREE je tau. Dibuka 10 pagi, korang boleh terus ke sini lepas je sarapan. Pemandangan memang sangat menakjubkan. kalau nak tahu kuil berkeluasan 16 ekar ni dibina pada tahun 1994 dan jadi lokasi adanya mercu tanda uatama macam Waterdrop Teahouse, Taman Lumbini dan Galeri Seni Fo Guan Yuan.
3. Mah Meri Cultural Village
Nak tahu budaya orang asal yang sebenar, korang kena datang dan rasai sendiri pengalaman dekat sini. Boleh ambil pakej lawatan yang ditawarkan.
4. Restoran Selera Tujuh
Makan tengah hari dekat sini confirm akan buatkan korang senang hati sebab banyak gila makanan yang ada. nasi Ayam, nasi ambeng, asam pedas, ikan bakar ehh banyak sangatlah,
5. Kerepek Ros
Jangan lupa singgah beli kerepek. Boleh juga buat kudap-kudap. Kadang tu kerepek yang jarang kita jumpa orang jual, boleh dapat dekat sini. Ada Ubi Masin, Pisang Tanduk, Kuih Siput dan macam-macam lagilah!
6. Bukit Jugra
Dah settle beli kerepek, teruslah ke Bukit Jugra. Walaupun terasa penat 1jam mendaki bukit, tapi apa yang korang dapat dekat atas tu memang priceless. Nak lagi best, pergilah paragliding. Puas hati tengok pemandangan dekat atas tu.
7. Kuan Wellness Eco Park
Jangan ketinggalan pergi jugak ke sini sebab Kuala Langat merupakan salah satu lokasi pengeluar sarang burung terbaik dekat Malaysia tau. Boleh jugak layan minum di cafe yang ada sambil lawat mini zoo dorang.
8. Mansion 1969 Cafe
Kafe vintage ni memang sangat sesuai untuk korang yang suka berOOTD dan share di Instagram. Dessert dia memang terbaik sebab sangat sedap.
9. Pantai Morib
Dah settle semua tu, lepaklah kejap dekat Pantai Morib tengok keindahan alam masa matahari terbenam. Boleh sesambil tu kunyah-kunyah Sotong Goreng Tepung & Ikan Bakar.
10. Assam Batu Laut
Sebelum balik, jangan lupa dinner dulu dekat sini. Fresh gila seafood dia. Paling menarik kalau nak try Ikan Merah Stim Asam. Segar gila beb!
Kalau nak tahu apa lagi yang menarik dekat Kuala Langat, korang bolehlah ke website www.selangor.travel. Rancang dulu perjalanan korang untuk hasil lebih lancar.
Stay Safe!
Artikel asal: Keunggulan Wanita