IKEA: Tempat Dating Masa Bujang Jadi Lokasi Ngeri Lepas Kawin
IKEA memang syurga untuk mereka yang nak beli perabot rumah. Macam-macam pilihan yang ada.
Bukan takat orang yang dah kahwin je tau beli rumah, yang bujang pun ada kalanya suka datang untuk cuci mata dan berangan dengan kekasih untuk deko deko rumah bila dah kahwin nanti.
Walaupun IKEA adalah satu tempat yang fun untuk dating, tapi bila dah kahwin mungkin ianya dah berubah. Sebab dulu masa bercinta hanya boleh berangan je, tapi bila dah kahwin mestilah nak betul-betul kan?
Ini diakui sendiri seorang pengguna Twitter, Megat ‘Adli yang share perasaannya selepas dating dengan isteri di IKEA.
Katanya masuk IKEA dengan senyum lebar, tapi bila keluar muka jadi ketat sebab troli penuh dengan barang-barang isteri.
Ramai juga yang setuju dengan Megat. Suami bukan je jadi bank untuk bayar segala barang yang dibeli tapi bila balik rumah jadi tukang assemble pulak. Adoi, jem para suami.
Tak apa bang. Bahagiakan isteri kan satu perbuatan yang mulia. Redo jelah.
Lagipun beras kan suami yang beli. ;p
Korang mungkin juga minat nak baca: Iklan Kerja Kosong IKEA Tak Masuk Akal, Tawar Gaji Sampai RM42K Sebulan