Tips Kurangkan Kelemumur Yang Paling Mudah Nak Buat
Bila korang rasa, kepala korang mula ada masalah kelemumur, ketahuilah yang ia dah jadi penyakit yang berlaku sebab kulit kepala kering atau berminyak sampai banyak kulit mati terhasil di kepala.
Walaupun kelemumur ni tak dapat dihapuskan sepenuhnya, sebab benda ni akan selalu terjadi kalau korang abaikan penjagaan kesihatan dan kebersihan rambut, ada beberapa tips yang Mouse Mommy nak share dengan korang.
Seronok sebab tips ni paling mudah dan Mouse Mommy rasa berkesan untuk korang.
Macam Mouse Mommy, Mouse Mommy hanya gunakan produk daripada Botaneco yang khas untuk rawat masalah kepala berkelemumur dengan kandungan 3 minyak essential yang 100% eco-certified iaitu babassu, baobab dan chufa.
Dengan gunakan syampu dan conditioner sahaja, korang dah boleh rasai yang kulit kepala makin terasa ringan dan bebas kelemumur. Nak lebih baik, boleh teruskan dengan minyak rambut daripada range sama setiap hari.
Selain daripada bau dan khasit yang ada, sis suka juga sebab dengan penggunaan bahan yang mesra bumi, pencemaran dapat dikurangkan. Jadi dalam pada menjaga kesihatan badan kita, bumi pun dapat dilindungi.
Win win kan?
Artikel asal: Mouse Mommy Treats