Kolagen Dan Kepentingannya Pada Rambut
Kalau sebut kolagen, ramai yang ingat yang kolagen ni hanya untuk dapatkan kulit yang cantik dan gebu je. Tapi ramai tak tahu yang kolagen ni juga penting untuk rambut.
Kalau korang nak tahu, kolagen adalah bentuk yang paling banyak protein semula jadi dalam badan yang sokong struktur kulit. Pentingnya kolagen ni sebab dia beri kekuatan pada kulit dan kelembutan dengan keupayaan untuk kekalkan kelembapan kulit.
Contoh kolagen yang ada dalam pasaran yang boleh korang dapatkan dekat drugstore:
Dalam jangka masa panjang, kolagen ni bantu seseorang tu nampak awet muda sebab dia anti peuaan. Dan bukan setakat kulit badan dan kulit muka, tapi juga kulit kepala.
Dengan adanya kolagen yang mencukupi, rambut korang akan tumbuh dengan sihat. Pertumbuhan rambut baru juga rancak.
Macam Comel, Comel tertarik dengan Collagen C yang dalam bentuk kapsul. Senang nak telan. Dan bahan-bahan aktif macam ko-enzim Q10, citrus bioflavonoid dan vitamin E pun ada dalam tu.
Bila comsume sebulan pun dah nampak kesannya.
So korang pun jangan lupa tambah supplement untuk kolagen ya. Biarpun usia makin meningkat, biarlah sentiasa nampak macam usia tu mengundur je ke belakang sebab awet muda.
Artikel asal: Comel Comot