Resepi Ayam Panggang Crispy Guna Air Fryer
Zaman sekarang ni memang dah mudah sangat. Daripada zaman dapur kayu, bawa ke zaman dapur tong gas, sampailah dapur pun dah jadi elektrik.
Contohnya macam air fryer. Setiap rumah rasanya mesti ada punyalah sebiji untuk mudahkan kerja-kerja menggoreng tanpa perlu guna minyak.
So hari ni, Best Restaurant to Eat nak share satu resepi yang mudah sangat nak buat, ayam crispy hanya dengan guna air fryer je.
Bahan-bahan:
- 4 ulas bawang putih siap dicincang
- 1 sudu serbuk 5-rempah
- 2 sudu sos tiram
- 1 sudu gula perang
- Sedikit serbuk lada putih
Cara penyediaan:
- Sapu rata bahan tadi pada ayam dan biarkan dalam peti ais sekurangnya 4 jam. Nak lebih pun tak apa.
- Lepas dah marinate 4 jam, keluarkan dan biar dalam suhu bilik dalam 1 jam untuk lembutkan ayam.
- Masukkan ayam dalam air fryer. Set suhu sehingga 200 daejah selama 15 minit.
- Lepas 15 minit, terbalikkan ayam dan masak lahi 20 minit dengan suhu 175 darjah, Suhu boleh adjust ikut air fryer masing-masing.
Siap untuk dihidang!
Mudah je kan? Korang pun boleh try kalau weekend tak tahu nak masak apa. Makan dengan nasi yang dimasak dalam air rebusan ayam memang ngam sangat!
Oh, Best Restaurant to Eat ada gunakan wine untuk bahan perap. Untuk Muslim, boleh gantikan dengan air rebusan daging/ayam atau pun jus anggur atau juga air dari cendawan tin tu.
Selamat mencuba!
Artikel asal: Best Restaurant to Eat