Kurus Dengan Detox Cuci Usus, Boleh Percaya Ke?
Dalam media sosial, selalu sangat kita nampak gambar usus kononnya penuh berlemak dan lemak-lemak tu boleh disingkirkan dengan hanya guna proses cuci usus atau detox. Persoalannya, boleh percaya ke?
Sis yang curious pun ambil kesempatan yang ada tanyakan pada dietitian, Nurul Asilah yang ada kepakaran dalam bidang therapeutic diet/medical conditin dan weight management.
Menurut Nurul Asilah, diet detoks dikatakan dapat bersihkan tubuh dari racun/zat yang berbahaya. Dan diet ni sangat popular dalam kalangan masyarakat. Cumanya, dia tak sesuai untuk semua orang.
Ia hanya diformulasikan kepada orang tertentu dan untuk amalkannya perlu ada pengawasan dari pakar kesihatan macam doktor dan pakar pemakanan. Tak ada penyelidikan yang berkonklusi diet ni sihat sebab ada laporan yang melaporkan diet ni bawa kesan sampingan yang merisaukan macam tak bertenaga, tekanan darah rendah, senang pitam dan sebagainya.
Nurul Asilah menegaskan yang tubuh badan manusia ni dah pun lengkap dengan mekanisma yang bantu untuk cuci usus dan singkirkan segala jenis racun/zat merbahaya secara semula jadi contoh oleh hati, ginjal, kulit, usus yang dikeluarkan dalam bentuk air kencing, najis dan peluh.
Daripada amalkan diet yang belum jelas tahap keselamatannya, why not kita amalkan gaya hidup sihat? Makan secara sihat dan seimbang, buat aktiviti fizikal, tidur yang cukup, tak merokok dan kurangkan kafein/stress.
So, kalau korang jumpa orang yang amalkan detox bolehlah share pasal ni. Sebab ramai yang tak tahu lagi dan amalkan diet detox. Mulanya nak sihat, tapi end up ada kesan sampingan yang lebih merisaukan.
Kredit gambar utama: Hello Sehat