Tips Pemanduan Selamat Untuk Elak Risiko Kemalangan Dengan Kenderaan Berat

Tak dinafikan, industri trak/lori memainkan peranan penting dalam ekonomi negara. Macam dekat Amerika Syarikat, industri ni membantu lebih 80% kepada komuniti negara dan banyak buat perjalanan bawa muatan ke seluruh negara.
Tapi kalau bertembung dengan trak atau pun mana-mana kenderaan berat dekat jalan raya, memang agak menyusahkan. Sampai saban tahun tak lepaslah kes kemalangan yang melibatkan kenderaan besar ni.
Trak ni memang kena orang yang mahir yang bawa, sebab bukan je susah nak dihandle tapi juga banyak blind spot yang boleh timbulkan masalah pada pengguna jalan raya yang lain. Jadi dekat sini Kelly nak bagitahu tips untuk bantu korang elak risiko kemalangan kalau bertembung dengan trak dekat jalan raya.
Perlahan & Berhati-hati
Salah satu faktor terbesar berlakunya kemalangan dengan trak ialah disebabkan kelajuan. Banyak yang gagal patuhi had laju dengan cara bila nampak je trak/lori depan mata, masing-masing cuba nak pintas.
Bila trak pun laju, kita pun laju memang risiko. Kenderaan besar pulak memang jenis perlukan masa nak tukar kelajuan/kedudukan. Jadi nak selamat, korang kekalkan jarak & kelajuan dan sentiasa dalam mode bersedia untuk apa-apa kemungkinan.
Elak blind spot
Dalam tak sedar, trak memang banyak blind spot. Driver memang susah nak pastikan yang dekat blind spot dorang tak ada orang/benda yang boleh menyebabkan kecederaan pada sekeliling, Tapi itulah memang terbatas.
Jadi untuk lebih baik, kita yang kena tahu blind spot trak supaya dapat elakkannya. pastikan kenderaan kita bukan dalam blind spot supaya tak ada risiko bila driver nak masuk simpang atau pun tukar line.
Hormat & faham
Kalau korang nak tahu, salah satu pekerjaan paling bahaya dekat Amerika Syarikat sekarang ialah pemandu lori. Walaupun dah banyak improvement daripada segi keselamatan trak & driver, tapi still cabaran tu ada. Hadap kesesakan jalan raya, duduk lama-lama, tekanan bukan takat fizikal je tapi mental jugak. Nak lagi kena sentiasa hadap pengguna jalan raya yang memandu secara melulu – termasuklah cubaan nak pintas trak tadi tu.
Jadi sebagai pengguna jalan raya, nak lebih selamat cuba tanamkan rasa hormat dekat pengguna jalan raya lain dengan cara, jaga jarak kenderaan, sentiasa toleransi supaya keadaan berbahaya dapat dielakkan.
Bila berlakunya kemalangan dengan lori, impaknya memang agak dasyat. Kalau masing-masing boleh hormat & faham sesama pengguna jalan raya lain, risiko kemalangan dengan trak ni dapat dikurangkan.
Jom bagi contoh dekat pemandu lain supaya amalan ni dapat diikuti & menghasilkan keadaan selamat di jalan raya.
Artikel asal: Sunshine Kelly