Cara Kekal Konfiden Walaupun Dah Cecah 40 Tahun

Umur 40-an adalah tahap umur yang biasanya individu dah capai banyak benda dalam hidup. Karier dah bagus, travel ke pelbagai negara, masalah peribadi pun dah banyak yang boleh diselesaikan ataupun mungkin anak-anak dah besar.
Tapi, walaupun dah banyak pencapaian yang dilakukan, mungkin ada antara kita yang masih lagi struggle dengan tahap keyakinan diri sampaikan boleh ganggu kerja, bagi kesan pada kehidupan seharian atau pun kesihatan mental.
Kalau korang ada masalah ni, ini yang perlu korang tahu supaya dapat boost balik keyakinan diri korang ke tahap yang sepatutnya.
Jaga kesihatan mental dan fizikal
Masa umur ni bukan takat kena jaga kesihatan fizikal, tapi juga kesihatan mental. Sebab kurangnya exercise tambah pulak dengan diet yang entah apa-apa, memang keyakinan diri korang boleh jatuh.
Tak kisahlah kadang tu pakai jeans yang ketat pun boleh rasa macam dah habis tenaga. Jadi masa nilah korang review balik aktiviti fizikal dan diet korang.
Exercise dalam 22-35 minit pun dah cukup untuk sehari. lepas tu adakan habit suka masak sendiri supaya korang boleh tahu berapa intake karbo, gula, lemak dan sebagainya. Bila buat macam ni memang korang dapat rasa perubahan dekat diri. Lebih sihat, lebih happy dan lebih konfiden.
Rutin kecantikan baru
Masuk usia 40 tahun, rutin kecantikan pun dah kena baru sebab usia-usia macam ni memang lines dan kedut mudah sangat naik. Tak perlu panik pun sebenarnya, its okay sebab ada cara mudah yang boleh korang buat untuk buang lines lines yang tak perlu tu.
Contohnya, boleh followlah mana-mana rutin kecantikan yang focus dia untuk smoothkan dan buat skin korang lagi cantik bebas komplikasi.
Mulakan habit yang lebih sihat
Walaupun step yang korang buat tu korang rasa kecik, tapi sebenarnya kesan dia besar tau dekat self esteem korang. Antara habit sihat yang boleh korang mula amalkan;
- kurangkan masa dekat sosial media
- masuk tidur lebih awal
- banyakkan minum air
Kalau korang konsisten dengan habit yang baru, korang akan nampak yang hidup korang akan lebih sihat & konfiden.
Stop BODY SHAMING
Ini memang selalu orang buat. Mungkin ada yang rasa senang je nak body shaming diri sendiri terutamanya bila dengan kawan-kawan yang rapat. Tapi body shaming diri sendiri kesan dia lama-lama memang bawa padah. Sama jugak macam kalau kita body shaming orang lain.
Tak kisahlah kalau kawan korang complain pasal berat badan dorang ke apa, jangan join. Abaaikan je sebab lebih baiklah korang focus pada kelebihan yang ada kan?
tahap keyakinan yang rendah sepatutnya tak jadi macam habit bila seseorang tu mula masuk usia 40-an. Kalau korang dah penat dengan perasaan penat atau rasa tak konfiden, ikut je tips tips dekat atas ni.
Korang akan terkejut dengan perubahan yang berlaku baik dairpada segi mental atau pun fizikal.
Kredit gambar utama: My Broken Coin
Artikel asal: Sunshine Kelly