3 Tips Mudah Sambung Belajar Di Usia Lewat
Semua orang ada impian nak teruskan pengajian, tapi buat sesetengah orang impian tu terpaksa diketepikan atas sebab-sebab tertentu. Belajar semasa bergelar orang dewasa ada kekangannya antaranya masa dan ekonomi yang menuntut banyak masa dalam kehidupan dewasa yang serba sibuk.
Orang kata, kembali sambung pengajian boleh jadi kunci kepada perkembangan karier seseorang, cara baru untuk develop korang punya skill atau pun sekadar peluang untuk belajar benda-benda baru.
Kalau korang pernah terfikir untuk sambung pengajian nanti, ini 3 tips yang boleh korang buat untuk bantu journey back to school.
1. Simpanan
Nak sambung pengajian, korang kena sediakan simpanan secukupnya sebab kehidupan di university sangatlah menuntut daripada segi kewangan. Buku teks, alatan pengajian, kos perjalanan dan sebagainya.
Mana yang boleh kurangkan kos, cuba kurangkan. Buang perbelanjaan yang tak perlu dan korang dah boleh start pilih untuk pilihan yang lebih murah.
Bila kelas dah mula, korang tetap kena saving dan cut cost untuk mana yang perlu. Boleh je kalau korang nak beli barang yang bukan keperluan tapi pastikan yang korang beli masa ada diskaun atau pun baucar.
2. Pertimbangkan semula pilihan
Ramai yang sangkakan, sambung belajar di universiti akan ada lawatan kampus, pergi library dan sebagainya. Tapi untuk mereka yang dah berkeluarga, kena pandai cari cara mudah untuk seimbangkan kehidupan bekerluarga dengan keadaan pengajian.
Ada kursus yang boleh korang ikuti sepenuhnya secara online yang dekat mana-mana pun korang boleh untuk masuk. Ada juga yang secara part time, jadi korang masih boleh bekerja sambil belajar.
Kalau untuk PJJ (Pengajian Jarak Jauh), memang kemahiran insaniah sangatlah penting dan membantu untuk kerjaya korang nanti.
3. Jadual
Jadual ni penting supaya masa dapat disusun dengan baik. Dengan adanya jadual, korang boleh tengok mana yang paling banyak perlukan masa korang; anak-anak, tanggungjawab hidup yang lain? Bila korang cemerlang dalam menguruskan masa, banyak manfaatnya bukan hanya pada pengajian korang tapi juga pada kerjaya korang.
Dalam uruskan masa, jangan lupa untuk masukkan sekali sosial life korang sebab pelajar pun berhak nak dapatkan masa untuk bersantai tak kisahlah sekadar jumpa kawan-kawan rapat atau pun kawan-kawan satu kos.
Korang ada tips lain untuk orang yang nak sambung belajar di usia lewat tak? Jomlah share dengan kitaorang dekat komen bawah.
Artikel asal: Sunshine Kelly
Kredit gambar utama: The Balance Careers