Tidur pun boleh kurus? Biar betul?
Okay ramai yang tak tahu ada sesetengah senaman dan makanan yang dimakan boleh membakar lemak walaupun semasa kita tidur! Fuyyoo bestnya. Tidur pun masih boleh kurus. Hehe okay si sini min nak kongsikan tips supaya tubuh tetap membakar lemak biarpun semasa sedang tidur
– Weight lifting
Latihan mengangkat beban atau weight lifting sememangnya memerlukan kekuatan yang tinggi. Apabila dilakukan dalam jangka masa yang panjang, pengunjung akan merasakan keberkesanannya dalam membakar lemak pada badan. Individu yang kerap melakukan weight lifting akan tetap membakar lemak selepas aktiviti itu tamat dan akan terus membakar lemak semasa tidur.
– Kardio
Senaman kardio merujuk kepada senaman yang meningkatkan heart rate. Haa kardio ni antara senaman yang senang sangat nak buat. Contoh aktiviti ialah berlari atas treadmill, berbasikal atau lompat bintang pun sejenis kardio tau. Aktiviti kardio akan menjadikan tubuh membakar lemak secara berterusan.
– Yoga
Beberapa position dalam senaman yoga boleh membantu membakar lemak badan secara berterusan. Contohnya, semasa baring, angkatkan kaki kanan ke atas sehingga 90 darjah Ulang sehingga lima kali. Selepas itu ulang lagi pada kaki kiri. Position ini sangat berkesan untuk membakar lemak badan.
– Tidur dalam suhu sejuk
Siapa sini suka tidur dalam aircond? Good news for uols sebab tidur dalam suhu sejuk ni rupanya membantu badan bakar lemak. Mana tahu bangun-bangun tersu kurus? Hehe. Suhu terbaik untuk membakar lemak ialah 18 darjah Celcius dan ia dikatakan akan meningkatkan pembakaran lemak sehingga 42 percent dan meningkatkan metabolisme sehingga 10 percent.
– Makan sepanjang hari
Wow, dahlah dapat makan sepanjang hari, dapat jugak kurus. Biar betul? Makan sepanjang hari ini merujuk kepada makan dalam portion kecil namun secara kerap. Makan sepanjang hari mampu menstabilkan kadar gula dalam darah yang seterusnya akan mempercepatkan metabolisme.
– Tidur dalam keadaan gelap
Untuk memaksimumkan pembakaran lemak badan, tidurlah dalam gelap. Hal ini kerana suasana gelap akan melambatkan penghasilan melatonin yang menghalang penghasilan lemak.