Susah tidur? Cuba ambil makanan ini
Penyakit susah tidur boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tanpa mengira jantina atau pun umur. Namun, ia boleh diatasi dengan mengubah pola pemakanan. Haa jangan tak tahu, kalau ada makanan yang membuat kita tidak mengantuk, ada juga makanan yang bantu kita mengantuk dan tidur lebih lena.
– Kekacang
Kacang membantu tubuh mendapatkan kadar rehat yang mencukupi. Kajian yang dijalankan oleh National Sleep Foundation mendapati almond contohnya mengandungi melatonin iaitu sejenis hormon yang menjadikan kita senang tidur.
– Makanan tinggi lemak
Makanan tinggi lemak seperti cottage cheese, mentega, daging merah, tuna atau salmon merupakan makanan tinggi lemak yang baik untuk diambil sebelum tidur bagi memastikan seseorang itu tidur lena.
– Makanan rendah karbohidrat
Makanan berkabohidrat tinggi dikatakan akan menyebabkan kita sukar tidur. Oleh itu, elakkan makanan jenis ini bagi memastikan kualiti tidur yang baik
– Susu
Minum susu amat berkesan bagi memastikan tubuh mendapat rehat yang mencukupi sepanjang hari. Sebelum tidur, bancuhkan susu panas dan minum. Anda akan bangun pada keesokan harinya dengan tubuh yang lebih segar.