Takde pasangan di Hari Kekasih? Takpe, anda masih boleh happy!
Hari Kekasih yang disambut pada setiap 14 Februari setiap tahun merupakan satu big deal bagi sesetengah orang. Pasangan suami dan isteri serta pasangan kekasih akan mengambil peluang dan hari istimewa ini untuk merancang aktiviti bersama pasangan masing-masing. Tapi, bagaimana pulak dengan mereka yang masih single? Macam mana nak sambut Hari Kekasih kalau takde kekasih? Haa ini merupakan satu misconception sebab kalau takde kekasih pun anda masih boleh have fun dengan siapa pun yang anda sayang, ibu bapa, kawan-kawan atau pun rakan sekerja. Okay so di sini min nak kongsikan apa yang anda boleh lakukan pada hari kekasih walaupun single.
– Rancang aktiviti dengan kawan-kawan
It’s always fun to hangout dengan kawan-kawan perempuan yang sama-sama single betul tak? Kalau sebelum ni masing-masing sibuk, ini merupakan masa terbaik untuk ajak kawan-kawan untuk lepak seperti pergi sarapan pagi di restoran kegemaran uols atau pun pergi dinner dengan tema yang menarik.
– Belanja diri dengan pergi massage, buat kuku atau tukar gaya rambut
Siapa yang tidak suka berbelanja untuk diri sendiri betul tak? Okay Hari Kekasih merupakan waktu tepat untuk manjakan diri sebab banyak kedai akan membuat promosi sempena Hari Kekasih. Mana tahu anda dapat massage dengan harga yang jauh lebih murah? Kan jimat tu.
-Rancang percutian pendek
Okay walaupun Hari Kekasih hanya sehari sahaja, anda masih boleh rancang percutian pendek bersama teman-teman atau seorang diri. Pilih satu destinasi yang anda sukai dan pergi sahaja ke situ. Kami yakin, ia tentu menjadi satu aktiviti yang menyeronokkan.
– Hantar pesanan atau surat ‘cinta’ kepada semua individu yang anda sayangi
Tipulah kalau anda tak suka long texts, kan? Min rasa semua orang suka dan cukup seronok apabila menerima pesanan panjang daripada orang yang mereka sayangi seperti rakan-rakan atau ibu bapa. Jadi, ambil peluang ini untuk nyatakan apa sahaja yang anda rasa dan berikan sebab kenapa anda menyayangi rakan atau ibu bapa anda dan send the texts. Percayalah, anda akan menjadikan hari mereka 100 kali lebih bahagia dan bermakna.
– Hantar bunga ros kepada sesiapa yang anda kehendaki
Waktu terbaik untuk hantar bunga ros kepada sesiapa yang dikehendaki ialah semasa Hari Kekasih. Order sejambak bunga daripada kedai kegemaran anda dan hantarkan kepada kawan-kawan, adik beradik atau pun crush anda supaya dia dapat hint yang anda menyukainya. Go!
– Habiskan masa dengan anak buah
Okay min yakin ramai di sini yang ada anak buah kan? Ambil kesempatan ini untuk habiskan masa dengan mereka sebab berborak dengan kanak-kanak ni kadang-kadang menyeronokkan! They are so pure and funny. Uols mesti tak bosan dan tak terlalu memikirkan tentang diri yang masih lagi belum mempunyai kekasih.