Jenis bau badan yang perlu dielakkan, bukan bau ketiak je tau!
Bau badan merupakan sesuatu yang normal kerana badan kita sememangnya akan menghasilkan bau apabila kita berpeluh dan terkena bakteria. Kalau badan tak berpeluh, tak normal pulak kan. Tapi walaupun bau badan merupakan perkara yang normal, ia perlu dielakkan. Takdelah orang rasa tak selesa bila berdekatan dengan kita.
Di sini SS nak share 4 jenis bau badan dan cara elakkannya atau atasinya :
– Bau ketiak
Ini merupakan bau badan yang paling normal dan min percaya ramai yang mengalami bau badan. Well, its okay sebab its completely normal, yang tak normal ialah bila anda tak cegahnya. Cara nak elakkan bau badan ialah dengan mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan menggunakan sabun. Mandi kenalah pakai sabun baru badan bersih dan wangi! Kemudian, gunakan deodorant dengan bauan pilihan. Banyak sangat pilihan deodoran dekat pasaran sekarang, harga pun murah. Gunakan setiap kali selepas mandi, okay?
- Bau kaki
Bau kaki berlaku disebabkan oleh pemakaian kasut tertutup bagi tempoh yang panjang. Apa sahaja benda yang tertutup lama akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Cara nak elakkan atau nak atasi bau kaki mudah jer, uols kena make sure cuci kasi bersih-bersih lepas dah seharian pakai kasut tu. Make sure bersihkan celahan jari-jari tu sekali tau. Then , jemurlah kasut yang dah pakai tu bawah cahaya matahari. Settle!
– Bau mulut
Stress kan bila ada kawan-kawan yang mulutnya berbau? Nak cakap, rasa serba salah sebab takut terguris pulak hati dia nanti. Bagi min, bau mulut ni lah yang paling senang nak elakkan. Caranya adalah dengan memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari. Jangan lupa berus sekali lidah tu sebab lidah merupakan tempat pengumpulan bakteria yang banyak dan memang senang sangat nak menghasilkan bau. Lepas tu, kalau tengah-tengah kerja tu tiba-tiba terasa mulut berbau dan mungkin meninggalkan rasa tidak selesa kawan-kawan sekeliling, kunyahlah gula-gula getah berperisa mint tu.
– Bau kemaluan
Sama seperti bau badan, kemaluan juga menghasilkan bau yang kurang menyenangkan. Min percaya ramai di luar sana yang sedar akan perkara ini. Haa jangan malu sebab ini juga merupakan perkara normal. Bau kemaluan boleh dicegah dengan menggunakan cecair pencuci khusus untuk bahagian intim uols. Cuci bahagian intim dengan menggunakan pencuci khas ini setiap kali mandi.
Kalau ada bau badan tu, normal sangat sebab semua orang mengalaminya. Yang tak normal ialah kalau tak pandai atasinya dan menyebabkan ketidakselesaan orang lain. Kalau orang tiba-tiba menjauhkan diri dari kita tu, dah boleh check kot bau badan kita. Hehe.