Skytrex Sg Congkak, Surga Flying Fox Untuk Back to Nature
Sejak banyak aktiviti sosial dibuka, sis tengok meriah dah wall FB, feed IG, dan fyp TikTok tempat-tempat menarik yang boleh kita try. Semuanya seronok dan menarik!
Lepas hampir 2 tahun dikurung tak boleh tengok dunia luar, apa kata kali ni kita fokus pada aktiviti yang back to nature? Macam yang Comel pergi ni, Skytrex dekat Sg Congkak, Hulu Langat.
Dekat sini kalau korang jenis suka benda-benda adventure, kaki flying fox.. Haa memang ngam sangat weh. Sebab dekat sinilah korang akan banyak gunakan aktiviti yang mencabar keberanian korang.
Pengalaman yang susah nak dapat kat tempat lain. Semestinya dengan bantuan dan panduan awal daripada pakarlah tentang penggunaan equipment yang ada.
Comel pun mula-mula ajet ajet juga beraninya sebab memang fevret sejak bujang. Cuma bila bawa anak sekali, dia jadi bimbang dan takut. Tapi anak Comel memang berani. Dia yang bagi semangat untuk mommy dia completekan game.
Dalam 3 jam juga nak habiskan course dia sebelum kitaornag dibawa ke camp site dia yang memang sumpah cantik sangat. Yang ada anak kecik jangan risau sebab sini pun kid friendly siap ada pool. Kemudahan pun tiptop.
Ada jugak tasik untuk memancing. Bolehlah ngecek cik abang kan? Ada modal lebih untuk dia setuju.
Overall, Comel dengan anak Comel memang enjoy habis. Berhibur dalam nature, satu pengalaman yang susah nak Comel ungkapkan.
Maklumat lanjut pasal course dan berapa harganya, korang boleh pergi website https://www.skytrex-adventure.com/ ni.
Artikel asal: Comel Comot