Kaya Dengan Sejarah, Ini 5 Tempat Wajib Lawat Kalau Travel Ke Turki
Kalau korang peminat sejarah, Turki adalah salah satu destinasi antarabangsa yang patut ada dalam bucket list travel. Sebab negara ni sangat kaya dengan nilai sejarah dan budaya peradaban tamadun Islam.
Untuk permulaan, korang boleh try untuk rancang ke 6 tempat yang Rawlins rasa wajib sangat ada dalam itinery kalau ke Turki.
1. Sanlurfa
Terkenal dengan nama Kota Para Nabi, dekat sini korang boleh ziarah Masjid Balikligol, tempat dimana Nabi Ibrahim AS dibakar. Dan juga Halilul Rahman, tempat di mana beradanya gua Nabi Ibrahim AS dilahirkan dan dibesarkan.
Dekat sini pun ada bazaar yang boleh korang berjalan sambil mencuci mata lihat jualan orang tempatan.
2. Harran
Buat pasangan suami isteri, pergi ke kota Harran ni akan buat korang terimbau sarat dan agungnya cinta Nabi Ibrahim AS dan Sarah. Kalau korang nak tahu, dekat sini jugalah adanya university pertama di dunia tau.
Jangan lupa singgah sekali makam dan telaga Nabi Ayub AS selain daripada berziarah ke Tapak Arkeologi Neolitik GobekliTepe tau.
Uniknya kota ni sebab walaupun musim sejuk, cuacanya etap panas. Sebab itulah namanya Harran.
3. Adana
Untuk ke Adana, perjalanan dari Sanliurfa dengan gunakan bas ambil lebih kurang 4 jam perjalanannya. Dalam perjalanan tu, korang boleh juga naik Halfeti Boat dekat perkampungan Sungai Furat, sungai terpanjang di Asia Barat yang mengairi 3 negara; Turki, Syria dan Iraq. Sampai ke hari ini tau.
4. Tarsus
Pernah dengar pasal kisah 7 pemuda yang tertidur dalam gua dan bangun 309 tahun kemudian tak? Haa, sinilah lokasi terletaknya Gua Ashabul Kahfi. Kemudian korang bolehlah rancang ke Masjid Nabi Daniyal AS, Masjid dan Telaga Bilal Al-Habashi serta Grand Mosque.
Sebelum berangkat ke Eskisehir, Sogut dan Bursa untuk melawat Sungai Polsuk, menziarahi makam pengasas kerajaan Uthmaniyah Ertugul Gazi, Muzium Ertugul dan ziarah makam Syeikh Eh Edebali di Bilecik iaitu guru kepada Ertugrul.
5. Bursa
Dekat Bursa korang boleh selusuri pula perjalanan sejarah dengan melawat Perkampungan Uthmaniyah Cumalikizik, Tophane, Osman Qazi, Orhan Qazi – Makam Sultan Uthmaniyah dan Menara Jam.
6. Istanbul
Istanbul ni tak payah cakaplah sebab biasa kalau ke Turki, ramai yang memang wajib singgah ke Istanbul. Ibarat kalau tak ke sini, tak lengkap percutiannya. Sebab dekat sini korang boleh tengok sendiri Hagia Sophia yang statusnya bertukar beberapa kali sebelum yang terkini menjadi masjid.
Di Istanbul juga adanya Muzium Topkapi, Masjid Biru, Grand Bazaar dan Spice Bazaar. Mak mak sukalah. Memang macam-macam rempah dorang bawa balik kalau singgah ke bazaar ni.
Teringinnya nak pergi Turki. Semoga urusan kita dipermudahkan. Cepat-cepat lah juga wabak COVID-19 ni diangkat. Supaya boleh backpackers macam dulu-dulu.
Atau korang boleh ikut saranan Rawlins untuk travel je dengan ATN Tourism & Travel Corporation (M) Sdn Bhd.
Artikel asal: By Rawlins