Minyak Argan Tulen Bantu Kurangkan Masalah Uban
Sekarang ni banyak sangat dah jumpa barangan yang gunakan minyak argan ni. Bukan je sebab wangi, tapi juga sebab khasiatnya yang pelbagai. Macam-macam boleh guna!
Korang tahu tak yang minyak argan ni sebenarnya boleh kurangkan masalah uban? Selain daripada merawat masalah-masalah rambut yang lain?
Haa, jom Seri Wangi nak share pasal minyak argan tulen dari Morocco ni. Minyak argan by Hanneas ni memang best sebab dia 100% organik dan diperakui sendiri Badan Antarabangsa CCPB dan USDA serta KKM.
Selain daripada Seri Wangi guna dekat rambut, Seri Wangi guna jugak untuk rawat masalah tumit kaki yang merekah dan juga kulit muka kering. Memang senang sebab all in one. Jimat kan?
Okey, kalau korang nak tahu minyak argan ni juga digelar sebagai Liquid Gold sebab kaya dengan vitamin E, mineral, antioksidan dan essential fatty acids. Boleh juga gunakan untuk baby tau.
Khasiat untuk rambut:
- Kuatkan akar rambut
- Lebatkan rambut
- Kurangkan uban
- Rambut lebih sihat
Cara nak gunakan mudah je.
- Titiskan dalam 2/3 titis ke tangan dan sapu rata pada kawasan rambut.
Artikel asal: Keunggulan Wanita