Trusted Brand Casing Tahan Lasak, Jatuh Pun Telefon Masih Selamat
Selain daripada untuk tujuan fesyen, casing telefon adalah salah satu aksesori wajib dimiliki setiap orang bagi melindungi smartphone daripada rosak & calar.
Terutamanya kalau korang ada lifestyle yang aktif & lasak. Sentiasa bergerak ke sana ke sini, mestilah kena melabur sikit untuk dapatkan casing fon yang boleh protect telefon.
Jadi hari ni Ayu nak share dengan korang 2 brand yang sangat boleh dipercayai kalau korang sekarang tengah cari casing yang kalau fon jatuh atas jalan raya pun, korang boleh rilek je tak gelabah.
LifeProof
Ayu dah try beli 1 untuk iphone 7 Ayu dan memang Ayu suka gila sebab nampak sangat smart dan fit dekat telefon Ayu. Jadi bila grip tu kemas & kuat, kalau terjatuh pun, telefon Ayu tak kan terkeluar dari casing tu.
Walaupun dia plastik, kualiti dia bukan kualiti plastik cikai cikai tau. Kualiti tip top!
Otterbox
Otterbox ni Ayu beli untuk iphone 6S anak Ayu. Dan ini antara yang direkomen untuk pengguna telefon, terutamanya brand Apple. Bawah brand Otterbos, sangat-sangat banyak pilihan dan yang Ayu pilih ni jenis simple je – Symmetry Sleek Protection.
Kalau korang search dekat YouTube pasal casing ni, ada yang sampai buat eksperimen jatuhkan dari tempat tinggi untuk tunjukkan yang casing ni mampu protect telefon korang walaupun jatuh berkali-kali.
Sangat berbeza dengan casing telefon yang lain, kalau jatuh sikit je boleh sampai habis terkeluar terus telefon.
Beli telefon mahal mahal, apa salahnya laburkan sikit untuk aksesori yang boleh bantu panjangkan lagi jangka hayat telefon kita kan? Melabur untuk masa depan orang kata.
Artikel asal: Ayu Arjuna 1 & 2
Kredit gambar utama: Phonexa