Cara DIY Cuci Aircond Paling Mudah Masa PKP
Malaysia masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan yang dikuatkuasakan baru-baru ini dalam mengawal penularan wabak Covid-19. Demi menjaga keselamatan keluarga, setiap rakyat mesti mematuhi arahan #dudukdiamdiamdirumah dan hanya keluar sekiranya perlu untuk membeli barangan keperluan harian atau bekerja selain mengekalkan jarak sosial. Anda juga harus memastikan tangan sentiasa dicuci bersih tidak kira sama ada di rumah atau di luar.
Pada masa yang sama, keadaan persekitaran juga perlu dijaga bersih, segar serta bebas daripada bakteria. Salah satu cara ialah dengan membersihkan penghawa dingin dan ia boleh dilakukan sendiri dengan mudah tanpa bantuan juruteknik. Hmm. Bagus pula sebab ada cara lain kan. Caranya menerusi produk 3 IN ONE Professional Air Conditioner Cleaner.
3 IN ONE Professional Air Conditioner Cleaner
Ia adalah ejen pembersih berasaskan air yang mampu menanggalkan kesan kotoran minyak, fungus, kulat dan pelbagai kotoran lain pada sirip penyejuk dalam penghawa dingin, Ia juga berupaya membasmi 99.9% bakteria dan kuman bagi memastikan penghawa dingin anda berada dalam tahap maksima dan berfungsi dengan baik. Bagaimana cara melakukannya dengan hanya 5 langkah ini saja
- Tutup suis penghawa dingin
- Keluarkan penapis dan cuci kotoran yang terkumpul.
- Semburkan 3 IN ONE Professional Air Conditioner Cleaner ke arah sirip penyejuk dari kiri ke kanan bermula dari atas.
- Biarkannya selama 2 minit bagi bahan itu menembusi ruang sirip penyejuk.
- Pasang kembali penapis ke dalam penghawa dingin dan pasang semula suis selama 15 minit untuk mengeluarkan semua habuk yang masih tertinggal bersama dengan air kondesai dan melalui paip saliran.
Yeayy… Tugasan anda dah selesai. Ia langsung tidak perlu dibilas.
Anda akan menikmati udara yang lebih segar dan bebas bakteria dari penyaman udara. Jadi ambil peluang masa yang ada untuk melakukan kerja pembersihan. Apa yang pasti arahan #dudukdiamdiamdirumah bukanlah sesuatu yang membosankan atau membuang masa.
Jika inginkan produk ni boleh didapati di Lazada atau Shopee. Perlukan maklumat atau tips bagaimana untuk menggunakan produk WD-40 ini boleh layari www.wd40.asia/my.
Artikel asal: kitepunye.com