Jangan Biar Sampai Macam Hutan, Ini 3 Cara Buang Bulu Alat Sulit Tanpa Sakit
Kalau korang nak tahu, bulu ni bagi perlindungan dekat alat sulit daripada sebarang pathogen yang boleh menjangkiti selain daripada berfungsi untuk elakkan alat sulit rasa tak selesa bila berlakunya geseran pakaian, terutamanya masa pakai seluar dalam ketat.
Tapi sebab sering dimomokkan dengan sakitnya bila ditrim atau dicabit, jangan tak percaya ada antara kita yang sanggup biarkan alat sulit tanpa ditrim sebabnya takut sakit.
Dah tu takkan nak biarkan bawah tu macam hutan kan? Jad untuk korang yang ada masalah ni, Zee nak share sikit cara nak trim segala bulu yang ada tanpa korang rasa sakit.
1. Sikat
Sebelum cukur atau gunting, sikat kemas dulu bulu yang ada. Jangan pula guna sikit rambut korang tu. Belilah satu sikat khas untuk tujuan tu dan kemudiannya gunting atau cukurlah. Kalau tak nak beli pun, korang guna jelah jari.
Fungsi dia supaya nanti bila ditrim tak sakit sebab bulu tu tak kemas.
2. Krim
Lepas dah sikat, korang bolehlah sapukan krim pencukur. Kalau korang guna krim, tak payah sikit pun tak apa. Asalkan bulu yang ada dah dirapikan guna jari. Fungsi krim ni supaya permukaan jadi lembut.
3. Mandi dulu
Korang perasan tak, ada orang suka potong kuku lepas mandi? Haa sama jugalah macam bulu-bulu ni tadi. Lepas mandi, bulu ni akan jadi lebih halus dan mudah nak ditanggalkan berbanding masa dia kering.
Mudah je kan? Lepas ni bolehlah guna cara kat atas ni masa korang nak trim alat sulit korang tu. Benda ni nampak remeh tapi sebenarnya penting tau walaupun orang tak nampak.
Jangan sebab orang tak nampak, korang biar je dia tumbuh tanpa dijaga. Kebersihan diri kena jaga supaya nanti kuman tak berkumpul dan menyebabkan adanya sakit lain nanti.