Rajin Gosok Gigi Tapi Mulut Bau Jugak? Mungkin Ini Sebabnya
Masalah foul breath ni bukan hanya dihadapi orang yang malas jaga kebersihan mulut, tapi juga pada orang yang rajin gosok gigi.
Nafas dan mulut berbau apabila berlakunya tindak balas bakteria dengan makanan yang tertinggal di dalam mulut.
Kalau bau bangun tidur, lepas tu mulut berbau biasanya disebabkan air liur lebih berasid. Bila kurangnya aktiviti mengunyah dan bercakap memang persekitaran mulut amat sesuai untuk aktiviti pembiakan bakteria.
Ada beberapa punca yang boleh sebabkan nafas atau mulut berbau.
- Merokok
- Ambil makanan dan minuman yang berbau atau bergula tinggi seperti petai, jering, durian, bawang putih atau minuman beralkohol
- Penggunaan gigi palsu
- Penyakit gigi dan gusi
- Penyakit paru-paru dan sinus yang kronik
- Pembengkakkan tonsil atau adenoids
- Jangkitan candidiasis dalam mulut dan lidah
- Penyakit diabetis yang tidak terkawal
- Penyakit kegagalan fungsi hepar
- Penyakit kegagalan fungsi ginjal
- Tidak mengamalkan kebersihan mulut iaitu tidak berkumur selepas makan atau minum, tidak memberus gigi , lidah dan rongga mulut sekurang kurangnya dua kali sehari di waktu pagi dan malam sebelum tidur
- Pengambilan ubat-ubatan seperti antihistamin, decongestants, antidepression, antipsychotic dan lain-lain yang boleh mengakibatkan pengurangan pengeluaran air liur atau menyebabkan mulut kering
Air liur kurang dikeluarkan bila bercakap terlampau banyak, berpuasa dan sebagainya. Bila air liur kurang dikeluarkan, air liur yang dihasilkan terlampau pekat sampai susah untuk membilas mulut menjadikan kawasan dalam mulut kurang oksigen yang bawa kepada pembiakan bakteria.
Cara nak tahu mulut berbau ke tak korang bolh refer cara ni.
Untuk elakkan mulut atau nafas berbau, korang kena:
- Bukan takat kena berus gigi je tau, tapi berus juga lidah dan kawasan mulut lain,
- Gunakan air pencuci mulut. Kalau rasa malas nak beli, korang boleh DIY sendiri guna air garam. Tapi jangan ditelan pulak, karang tak pasal kena darah tinggi lepas seminggu. Dan elakkan juga guna yang ada kandungan alkohol.
- Kunyah chewing gum tanpa gula
- Minum air secukupnya
Yang selalu jumpa dengan orang yang ada masalah ni, mesti korang bersyukur sebab sekarang dah pakai mask jadi orang tu sendiri boleh tahu mulut dia berbau ke tak kan?