Lepas 126 Tahun, Betul Ke Feri Pulau Pinang Akan Tamat Operasi Tahun Ni?
Hujung minggu lepas, viral dekat social media yang feri Pulau Pinang akan henti operasi bermula tahun hadapan dan akan digantikan dengan feri laju macam dekat Pulau Langkawi.
Bila netizen tahu je confirm confirm lah ramai yang sedih sebab banyak sangat memori dengan feri ni.
Kalau korang nak tahu, feri Pulau Pinang ni dah wujud sejak dari 1894 lagi. Mungkin masa dia mula operasi tu atuk nenek kita pun tak lahir lagi!
Kata Pengerusi Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP), Datuk Tan Teik Cheng, bot laju baru yang akan gantikan operasi perkhidmatan feri sedia ada dan hanya akan bawa penumpang yang jalan kaki je.
Manakala kenderaan empat roda macam kereta, van dan lori perlu gunakan laluan Jambatan Pulau Pinang.
Tapi untuk kekalkan nilai sejarah yang ada, feri ni akan diubah suai untuk dijadikan restoran terapung dan muzium terapung untuk tarik pelancong datang ke Pulau Pinang.
Jadi, kalau rindu boleh jelah datang makan atau melepak dekat sana nanti. Sambil kenang cerita dulu-dulu.
Pendapat Zee la kan, kalau guna perkhidmatan bot laju macam dekat Langkawi tu mungkin la perjalanan akan dipendekkan lagi. Korang pun sekejap je dah sampai dekat destinasi yang dituju. Kan?
Contoh bot laju yang ada dekat Pulau Langkawi.
Tapi dalam perkembangan terkini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz kata perkhidmatan feri ni tetap akan diteruskan dengan lulusnya peruntukan RM30 juta kepada Pelabuhan Pulau Pinang untuk proses ambil alih.
Tapi ada juga yang membantah atas sebab kerugian yang ditanggung adalah sekitar RM24 juta setahun sedangkan kutipan setahun cuma RM7 juta je.
Korang rasa macam mana? Perlu diteruskan atau hentikan je feri ni?