Girls, Jom! Pulau Faroe Destinasi Paling Sesuai Untuk Wanita Bujang Cari Jodoh
Korang pernah dengar tak pasal Kepulauan Faroe? Terletak di Denmark, Kepulauan Faroe ni hanya boleh sampai dengan hanya guna 2 cara je – kapal terbang atau kapal laut.
Tak ramai yang sanggup untuk datang ke sini bukan sebab hanya ada 2 jenis pengangkutan je tetapi juga kerana tempoh masa perjalanan yang terlampau lama iaitu 36 jam dengan naik feri.
Tapi untuk perempuan bujang, mungkin Pulau Faroe ni boleh dikatakan sebagai syurga buat mereka. Sebabnya dekat sana, memang tak ramai perempuan bujang disebabkan mereka dah mula keluar dari kawasan pulau untuk bekerja dan belajar.
Jadi, penduduk tempatan terutamanya lelaki bujang dekat sana memang mengalu-alukan sangatlah kehadiran perempuan bujang untuk singgah malah menetap dekat sana.
Kalau ikut data 2017, di kepulauan tu beza penduduk lelaki dengan penduduk perempuan lebih daripada 2,000 orang tau.
Tapi korang kena tahu, walaupun musim panas, suhu kepulauan ni hanya boleh cecah 16°C je tau. Belum lagi musim sejuk, memang kalau tak biasa tak dapat tidur malam dibuatnya.
Terletak di kawasan Lautan Atlantik Utara, Pulau Faroe ni memang memukau sesiapa je yang datang. Seni bina semula jadi di sini memang eksotik dan tak boleh korang jumpa dekat kawasan lain.
Kalau korang nak cari port lari kesibukan kota, Pulau Faroe adalah jawapannya. Nak cari jodoh orang luar negara pun boleh juga datang ke sini. Ajaklah juga member single yang masih mencari tu.
Mana tahu kot-kot kuat jodoh dengan orang Faroe ke. ><