Cari Teman Sambut Tahun Baru Dengan Hanya Guna Iklan, Idea Bernas!
Kalau hari-hari perayaan atau sambutan cuti umum macam Hari Krismas atau Tahun Baru mana seronok nak sambut sorang-sorang je. Sebab bila ada teman barulah best dan bermakna sikit sambutan tu.
Untuk yang single kadang tu teringinlah jugak nak sambut dengan orang lain selain daripada kawan sendiri kan? Tapi kalau dah namanya single, balik-balik muka member jugak yang diangkutnya. HAHA.
Cumanya zaman sekarang ni memang semua senang. Tak macam dulu sebab setiap benda korang boleh je iklankan sama ada cara online atau pun offline.
Contohnya macam seorang lelaki, Khoirul Anam, 28 tahun dekat Jawa Tengah, Indonesia yang menawarkan servis teman lelaki untuk perempuan yang masih jomblo dan mahu ada teman istimewa yang menemani sambutan tahun baru.
Sambutan yang diterima memang menggalakkan walaupun Khoirul cuma pasang dekat 2 tempat je di kawasan rumahnya.
Dengan harga RI90,000 (RM26), ‘pelanggan’ boleh dapat pakej lengkap termasuk makan malam, sesi jalan sambil pegang tangan, selfie dan main bunga api sebelum dihantar ke rumah.
Kata Anam, sambil-sambil buat konten yang menghiburkan, mana tahu tahun baru ni dia boleh dapat jodoh dan tak lagi bergelar jomblo.
Setakat ini sahaja, permohonan yang diterima katanya dah lebih 2,000! Fuh, jenuh juga tu nak pilih yang mana kan?
Sebelum ni dekat Malaysia pun ada kes yang sama jugak. Dia cari jodoh guna iklan dan akhirnya selamat bernikah dah pun.