Sanggup Bunuh Diri Demi Nak Dapatkan Gambar Cantik
Korang bosan tak “catch up session” dengan member asyik buat benda sama? Balik balik lepak kafe. Pastu bergaduh pula nak pilih, sorang nak lepak kat sini sorang nak lepak kat sana. Cuba lah buat benda yang menguji sikit dengan member. Baru best. Meh Sis Fell share satu tempat best baru untuk korang berjimba dengan member.
Baru-baru ni sis pergi Escape Challenge PJ. Kalau ada yang tak tahu, ni lah adik-beradik Escape Park Penang. Tapi yang ni lain sikit, fully indoor. Kalau gegirl tak payah risau, confirm tak hitam kulit HAHAHA. Benda ni baru jer buka kat Paradigm Mall. Dia onz daripada 10 pagi sampai 10 malam. So ikut lah nak berapa jam kat dalam tuu. Harga pula RM98 “big kids” dan RM69 “junior kids”. Tapi lagi jimat kalau beli online! So, boleh lah jadi bebudak dalam satu hari kan.
Apa jer ada kat Escape Challenge? Haa kat sini korang kena macam budak-budak. Jangan jadi dewasa HAHAHA sebab kat sini confirm korang macam terencat, jerit sana jerit sini. Banyak gila rides yang korang boleh try. Panjat dinding, panjat pokok, bergayut, terjun dan flying fox. Dah macam monyet taw tapi seronok. Aktiviti macam ni lah korang boleh acah-acah berani tapi sebenarnya nak terkencing. Ada aktiviti kalau korang berjaya, korang akan dapat medal taw.
Semua benda taw sis try kat sini dan semua sis suka. Benda sis tak pernah buat pun sis belajar beranikan diri untuk buat. Yang paling seram bagi sis slingshot, betul-betul macam kena campak. Jantung macam dah tak ada. Yang paling struggle pula Monkey Business Level 3, gila weh dia punya track line. Sampai sis nak nangis sebab give up. Nasib ada member tolong HAHAHA Okay yang paling best sis rasa terjun 20 meter, hilang stress weh terkejut punya pasal.
Last sekali, of course Sis Fell nak share OOTD kat sini. Even muka barai penat tapi gagahkan diri juga demi sekeping gambar. HAHAHA Mostly sis buat memang demi content taw dan sebab nak experience. Terjun macam bunuh diri pun sanggup walaupun takut gila. Yang penting korang kena percayakan diri sendiri untuk buat benda-benda ni semua. Confirm boleh! Jangan risau abang photographer khas memang ada kat sini. Posing jer.
So, Santai Mana? Santai Sini lah kat Escape Challenge, Petaling Jaya. Make sure korang buat warm-up dan cool-down. Nanti tak pasal sakit badan 3 hari 3 malam macam sis. Tapi puas! Seriously, Sis akan repeat lagi demi nak dapatkan medal pula. Kalau korang nak tahu “Instagrammable Spot” mana lagi Sis bersantai, jangan lupa LIKE & FOLLOW Facebook SantaiSini.Asia.