Kasut Lejen Michael Jordan Catat Sejarah Paling Mahal Dilelong Di Dunia
Masih ingat lagi dengan kasut yang dipakai bekas bintang bola keranjang Amerika Syarikat, Michael Jordan (MJ) melakukan aksi rejaman ketika menjaringkan gol dalam satu perlawanan di Itali pada tahun 1985 hingga menyebabkan kaca papan pantul pecah?
Ya, untuk pengetahuan anda biarpun sudah 35 tahun berlalu, kasut jenis Air Jordan 1 High tersebut itu masih elok tersimpan dan berjaya menjadi kasut atlet paling mahal pernah dilelong dalam sejarah.
Dalam satu acara lelong yang dianjur oleh gedung lelong terkemuka Christies, kasut MJ memecah sejarah apabila berjaya dilelong dengan harga RM2.5 juta sepasang kerana disebutkan sebagai barangan rarest of the rare.
Kalau nak tahu, pemain bola keranjang, Charles Barkley yang juga merupakan rakan baik MJ pernah memakai kasut beliau semasa persaraannya yang pertama sebagai tanda tribute kepada MJ mendedahkan ianya merupakan kasut paling berat pernah beliau gunakan seumur hidupnya.