Manfaat menangis untuk kesihatan
Korang pernah tak tahan menangis sebab sedang berada di tempat awam atau pun taknak nampak lembik so taknak menangis? Haa sebenarnya menangis ni jangan ditahan-tahan sebab ada banyak manfaat kesihatan tau.
Nak tahu apa dia? Jom Cik Tin share!
1. Membunuh Bakteria
Ya, ini kerana air mata mengandungi cairan “lysozyme” yang mampu membunuh bakteria hingga 59%. Ia membunuh dengan cara menghancurkan dinding sel bakteria tersebut. Selain itu, penelitian pakar juga mendapati, air mata turut mengandungi properti anti-mikrob yang membantu tubuh kekal sihat! Wow!
2. Menyihatkan Mata Secara Percuma
Air mata yang keluar boleh melembabkan mata dan mencegah dehidrasi pada selaput mata. Selain itu air mata juga membantu mengeluarkan kotoran dan debu di celah-celah bebola mata. Sama fungsinya dengan ubat mata, menangis boleh menjernihkan kembali penglihatan korang! Percuma pulak tu!
3. Hilangkan Stress
Selain tingkatkan mood, menangis juga dapat meringankan dan menghilangkan stress. Ini kerana air mata bantu menurunkan hormon tekanan jiwa yang dikenali sebagai kortisol. Bukan tu je tau, ketika manusia menangis, tekanan darah juga akan menurun dan ini berterusan sehinggalah korang merasa lega dan tenang setelah puas menangis.
4. Mengeluarkan Racun
Fungsinya sama seperti ketika manusia berpeluh, menangis juga melakukan proses pembuangan racun dari tubuh menerusi tangisan. Segala zat yang tidak berguna akan disalur keluar menerusi tangisan dan hasilnya tubuh menjadi lebih sihat.
5. Meningkatkan Kembali Mood
Setelah puas menangis, manusia akan mengeluarkan suatu hormon yang sebenarnya melegakan perasaan. Sebab tu kita rasa letih dan penat lepas menangis. Menangis juga dapat memulih dan meningkatkan kembali mood yang merudum.
Ketika air mata keluar, zat endorfin akan terhasil dan ia yang bantu menyeimbangkan emosi ke tahap normal semula.
Hmm menarik kan? Jadi, lepas ni kalau korang sedih melampau dan rasa nak menangis, silakan! Jangan tahan diri ya.