Ini 5 ciri boyfriend yang obsesif!

pergerakan korang, korang akan rasa oh sweetnya dia tetapi kalau setiap pergerakan dia kena ambil tahu, itu obsesif namanya!
Hmm okay so bagi gadis yang masih keliru, Miss Gigi akan kongsikan tips kenalpasti boyfriend obsesif.
1. Dia mahu ada hubungan serius secepat mungkin.
Belum apa-apa lagi dah ajak serius, ajak kahwin. Dia bawa uols ke restoran mewah, melutut dan melamar uols untuk mengahwininya walaupun korang baru saja berpacaran selama seminggu! Ooops, ini red flag ya, bukan sweet!
2. Dia seperti penyiasat peribadi
Dia mengekori setiap langkah korang. Kalau dia tak dapat lakukannya, dia akan tanya rakan karib korang, saudara mara, ahli keluarga lain untuk tahu perkembangan korang. Eeee rimas!
3. Perangainya yang tidak menentu
Pada satu masa, dia akan menjadi lelaki paling romantis yang pernah korang kenal. Di masa yang lain, dia menjadi seorang yang panas baran atau mudah marah. Eh, peliknya!
4. Dia sentiasa ingin berkepit atau sentiasa bersama
Dia hantarkan pesanan penuh ayat-ayat cinta sepanjang hari! Dia berulang kali mengatakan dia menyintai korang dan konon-konon tak dapat bernafas atau hidup tanpa korang. Dia menghubungi setiap minit. Hmm lelaki kalau bercinta pun kena ada waktu sendiri tau, bukan asyik nak berkepit aje.
5. Dia tak percaya korang
Bila korang keluar dengan kawan-kawan, dia akan menghantar 300 pesanan ringkas ke telefon bimbit korang semata-mata mahu kepastian samada korang masih menyayanginya atau tidak. Dan bila korang lambat balas, dia tuduh tidak cintakan dia pulak! Aduhai pening!
So Miss Gigi harap maklumat ni membantu untuk korang kenalpasti sama ada boyfriend korang tu betul-betul sayangkan korang atau sebenarnya obsesif sebab rasa dia memiliki korang sepenuhnya. Bahaya tau, belum kahwin dah obses begini, kalau dah kahwin macam mana pulak?