Kekasih hati merajuk? Ni cara nak pujuk si dia
Kita yang perempuan ni kerjanya asyik nak merajuk aje kan sebab seronok bila kena pujuk. Tapi sekali lelaki merajuk haaa baru tau sengsaranya nak pujuk orang merajuk ni ye dok! Haha takpe girls harini Sis Tina share macam mana nak pujuk cik abang korang tu kalau diorang merajuk.
Tunggu masa sesuai
Kalau korang melakukan satu kesalahan dan si dia mula merajuk, jangan terus mahu memberikan penjelasan kepadanya. Bak kata pepatah, api jika bermain dengan api makin marak jadinya.
Jangan terus-terusan telefon dia kerana usaha ini akan hanya membuang masa. Beri dia ruang untuk ‘melayan perasaan’ dahulu. Setelah rajuknya reda, barulah korang cuba mendapatkannya dan menjelaskan keadaan yang sebenar.
Jangan try hard sangat
Sekiranya sudah banyak usaha yang telah dilakukan tetapi si dia masih merajuk, cuba mendiamkan diri. Sekiranya uols dilihat seperti terlalu terdesak, takut nanti pasangan akan lebih membuli dan mempermainkan perasaan korang pulak.
Setelah berusaha sedaya upaya untuk memujuknya, diamkan diri dan sekiranya si dia menyayangi korang, dia pasti rindu dan akan call korang okay?
Buat Sesuatu Yang Menyenangkan
Kata orang, masakan wanita boleh melemahkan seorang lelaki. Mungkin sebagai tanda maaf, korang boleh memasak sesuatu yang istimewa dan hantar dekat dia. Cuba hubunginya semula pada waktu malam, dia pasti sudah melupakan apa yang telah terjadi.
Okay girls good luck!