Senarai negara yang masih bebas jangkitan COVID-19
Jangkitan COVID-19 yang bermula di wilayah Wuhan, China dah pun berkembang dan merebak sehingga ke 140 buah negara! Tapi, masih ada negara yang bebas sepenuhnya daripada wabak ini.
Negara apa antaranya dan apakah langkah yang diambil? Hmm Cik Tin pun tertanya-tanya jugak tapi ini semestinya satu info yang sangat menarik.
Antara negara-negara yang masih bebas ialah :
- Nicaragua
- Niger
- Papua New Guinea
- Saint Lucia
- Samoa
- Sierra Leone
- Angola
- Syria
Di Angola, kes pertama yang disyaki coronavirus di Angola dilaporkan pada 29 Januari. Yang disyaki adalah warganegara China yang kini di bawah pemerhatian di sebuah klinik di Luanda. Sampelnya telah diuji negatif untuk virus itu. Angola telah mengeluarkan kuarantin mandatori untuk semua penumpang yang tiba dari China.
Di Syria pula, dua kes disyaki jangkitan coronavirus melibatkan dua lelaki tempatan.
Ujian mendedahkan bahawa kedua-dua mereka menderita radang paru-paru tetapi negatif Covid-19.
Kerajaan Syria mengumumkan beberapa langkah berjaga-jaga untuk mengawal penyebaran penyakit termasuk penggantungan sementara pada kemasukan semua pelancong yang tiba dari kawasan yang terjejas.
Haaa sebab Syria pantas bertindak, negara mereka tak terjejas pun dengan jangkitan wabak yang boleh membunuh ini. Syabas diucapkan kepada Syria.