Cara jaga, manjakan wajah dalam perintah kawalan pergerakan

Hello ladies. Korang setuju tak kalau Sis Tina kata yang dalam tempoh kawalan pergerakan ni, korang boleh pamper wajah korang?
Yes ladies, manjakan wajah korang dan jaga kulit betul-betul. Maklumlah, masa nilah kita betul-betul ada waktu untuk diri sendir dan boleh cuba pelbagai produk baru.
Dahlah kita tak keluar rumah maka kulit kita selamat daripada bahaya sinaran UV.
Okay so sini Sis Tina nak share apa yang korang boleh buat bagi memastikan kulit flawless dan cantikkkk je masa duduk rumah ni.
- Steam wajah dan urut wajah semasa mandi

Tips ni sangat popular di Korea tau. Memandangkan korang tak perlu rushing nak bersiap ke pejabat, boleh ambil masa ni untuk wapkan wajah dan massage slowly. Urutan melancarkan peredaran darah dan memberikan banyak kebaikan untuk kulit
- Gunakan mask arang

Mask arang detoks kan wajah dan juga membuang sel kulit mati. Hasilnya, kulit makin bersih uols.
- Sapukan essence sebelum moisturizer

Essence bertindak untuk lock semua bahan-bahan baik dalam kulit dan menjadikan kulit korang cantik. Inilah rahsia kulit cantik orang Korea. So, boleh cuba okay?
- Pakai lip balm berwarna natural

Lip balm berfungsi melembapkan bibir dan kalau korang pilih warna yang natural, ia akan menyerlahkan lagi kecantikan korang. Walaupun dalam rumah, pakai jer lipbalm!
- Pakai sleeping mask

Sleeping mask ni salah satu cara untuk pastikan kulit kita kekal moist dan cantik tau. Pilih jenis yang bersuaian dengan kulit korang dan rasai perbezaannya.
Okay so tips-tips ni mudah je kan? Kalau rasa nak shopping pun boleh, servis penghantaran masih beroperasi seperti biasa hehehe. Pesan dekat kawan-kawan office tu, jangan terkejut tengok kita flawless lepas habis tempoh kawalan pergerakan ni!