Bufet Ramadan Dengan Harga Serendah RM45 Kembali
Pejam celik, pejam celik tinggal lagi beberapa hari je dah nak masuk bulan Ramadan. Selain daripada dah mula plan nak tarawih dekat mana, mesti korang dah ada plan jugak kan nak buka puasa dekat mana. Betul tak?
Okey, kalau korang ada plan nak bawa family pergi buka puasa secara buffet, maybe korang boleh try pakej Ramadan Buffet dekat Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) yang kali ni bawa tema Warisan Bonda.
Daripada makanan lokal sampailah ke level international, MHS memang take seriously bab dekorasi supaya kita boleh sambil buka puasa sambil tu juga imbau nostalgia memori iftar zaman kecil-kecil dahulu.
Antara main menu yang ada:
- Nasi Putih
- Nasi Minyak
- Nasi Kandar
- Ayam Rempah Kuzi
- Gulai Lemak Ikan Merah Belimbing Buluh
- Rendang Daging Bonda
- Kambing Penanggah
- Sotong Kam Heong
- Udang Telur Asin
- Wok Goreng Baby Kailan Bawang Putih
dan banyak lagi…
Kalau korang peminat sambal, datang sini memang boleh try macam-macam sambal. Contohnya sambal belacan, cincalok, budu, kicap cili padi, air asam, sos percik, sambal kicap pedas yang boleh dimakan dengan pelbagai ulam-ulam segar.
Ada juga menu side dish macam kerabu ayam, kerabu kacang, rojak buah, jeruk buah sebagai pelengkap main dish.
Kalau ke section makanan Itali korang akan jumpa variasi hidangan pasta dan menu hidangan Itali lain yang femes. Di bahagian food section dari Middle Eastern pula korang akan jumpa hot dish macam kambing panggang.
Tidak dilupakan juga makanan dari China, Jepun, dessert dan banyak lagi yang sangat-sangat berbaloi korang dapatkan dengan harga serendah RM45 je.
Sahur Buffet (4am – 5.40am):
RM45 (kanak-kanak 6-12 tahun)
RM55 (warga emas)
RM65 (dewasa)
Warisan Bonda Ramadan Buffet (4 April – 1 Mei, 7-10pm):
RM90 (kanak-kanak 6-12 tahun)
RM110 (warga emas)
RM145 (dewasa) – Early bird & payment sebelum 1 Ramadan
Sabtu, Ahad, cuti umum: RM200 (dewasa & kanak-kanak)
Ada juga pakej promosi penginapan yang boleh korang grab sempena Ramadan akan datang nanti. Boleh terus contact PIC dengan send direct emel ke [email protected]
Artikel asal: Best Restaurant to Eat