Aksesori Gajet Premium Untuk Lifestyle Lebih Gaya
Hai korang!
Hari ni Rawlins nak share sikitlah, dalam dunia teknologi serba pantas ni memang agak susah sebenarnya nak tahan diri daripada terikut trend dalam masa pendek. Contoh macam baru bulan lepas beli fon, tiba-tiba keluar satu lagi fon yang harga lebih kurang sama tapi spec yang ditawarkan lebih menarik.
Jadi untuk ikut trend, cara Rawlins senang je. Tukar look luar fon dan aksesorinya. Tapi untuk dapatkan aksesori nampak mewah dengan harga murah bukan sesuatu yang mudah. Memang online ada banyak, cuba jenis Rawlins suka yang pegang dulu, baru beli.
Dan Rawlins terjumpalah satu brand nama Hoco yang store dia dekat Plaza Low Yat je. My verdict? Semua checked la.
Dengan tawaran produk yang pelbagai, Hoco memang sesuai kalau korang cari aksesori yang user friendly dalam bentuk design unik tapi dalam masa sama tetap nampak fashionable dan berkualiti.
Aksesori brand-brand besar macam Samsung, Apple, HTC, Meizu memang sangat senang jumpa dekat Hoco. Bukan setakat cable tapi juga speaker, headphone dan gamepad pun ada!
Korang kalau jauh, boleh je beli online dekat:
Website: http://www.hocomalaysia.com/estore/
FB: https://www.facebook.com/hocomalaysia/
IG: https://www.instagram.com/hoco.malaysia/
Tapi kalau jenis macam Rawlins suka pegang barang dulu baru beli, bolehlah ke Plaza Low Yat okeh?
Artikel asal: By Rawlins