Status Terkini Produk Vits Selepas Dilanda Kontroversi
Seperti yang ramai sedia maklum, mi segera jenama VIT’S dah lama disahkan halal. Sejak dari 1980-an lagi. Tapi awal tahun ni ada kontroversi berkenaan dengan status halal produk keluaran dorang.
Dalam satu kenyataan Pengarah Pembangunan VIT’S menjelaskan produk yang ada dalam pasaran masih dalam tempoh sijil halal yang sah dan selamat dimakan tanpa ragu-ragu.
VIT’S merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah sejak 1980-an bernombor 1 001-01/2005.
September tahun lepas, premis VIT’S dikunjungi pemeriksa daripada Jabatan Halal JAIS untuk pemeriksaan berkala. Dan dalam lawatan tu, JAIS dah pun utarakan isu-isu teknikal berkaitan dengan kebersihan di bahagian pemprosesan.
VIT’S dah pun ambil tindakan sewajarnya untuk penambahbaikkan terhadap isu-isu yang diutarakan dan sedang tunggu giliran untuk diinspeksi semula oleh JAIS.
Artikel asal: Best Restaurant to Eat