Kena Cuba Mi Goreng Carbonara Terbaru Dari Vit’s
Orang Malaysia, memang unik sangat. Bukan je makanan Malaysia yang digemari, habis makanan serata dunia boleh dijumpai dekat Malaysia. Contohnya yang macam jadi makanan biasa ialah makanan Itali.
Bila sebut makanan Itali, automatik teringat pasal mi pasta macam bolognese, carbonara atau pun aglio olio. Uih sedap tu.
Kalau korang nak tahu, brand mi yang femes dekat Malaysia iaitu Vit’s sekarang ni ada keluarkan mi goreng baru tau. Yang bestnya sebab mi ni instant. Kita memang suka yang instant ni, senang untuk orang yang bekerja.
Senang je nak siapkan, korang hanya perlu ikut arahan dekat belakang packaging je. Harga pun taklah mahal sangat, dalam RM6.20 sebungkus. Boleh beli dekat Vit’s Shopee dan Lazada.
Tapi blogger Best Restaurant to Eat cakap kalau mi carbonara tu memang terasa kejunya, ada chicken ham, butter dan chili flakes kalau korang suka pedas. Tak lupa juga krim. Kalau krim terlupa, dah bukan Carbonara namanya.
Paling best tak ada bahan pengawet atau warna tiruan tau.
Aduh, terliur lah.
Artikel asal: Best Restaurant to Eat