Gais, Jom Hangout Hujung Minggu Ni Dekat KL!
Hai korang, memandangkan orang KL sekarang ni hanya boleh bergerak ke KL, Selangor dengan Langkawi je… Sis nak share sikitlah tempat-tempat menarik buat korang yang nak hangout dekat KL je.
Yang ni Huda yang sarankan tau.
1. Saloma Bridge
Tak lengkap hangout kat KL kalau tak lalu Saloma Bridge ni tau. Sebab pergi Saloma Bridge ni korang boleh juga pergi tempat menarik sebab ia hubungkan KLCC dengan Kg Baru. Dekat Kg Baru banyak makanan sedap dengan harga murah-murah!
Kaki makan, jom!
2. The Rift
Dekat The Rift, korang boleh lepaskan stress main VR puas-puas sebab ini adalah taman tema VR terbesar dekat Asia Tenggara. Masuk sini memang korang akan dengar orang jerit je sebab masing-masing teruja dengan teknologi yang ada!
Heaven gais!
3. Superpark Malaysia
Yang ni best kalau korang datang dengan anak-anak. Sebab dalam ni, anak-anak boleh main banyak aktiviti fizikal dan mental secara indoor. Nak ke sini, korang cari je K Avenue KLCC.
4. Aquaria KLCC
Korang, masuk sini memang teruja tau. Sebab sis yang dah dewasa ni pun ralit tengok pelbagai jenis spesis haiwan yang ada. Sebab ini adalah salah satu akuarium yang terbesar dekat Asia Tenggara.
Nak tiket murah, korang boleh cari trusted seller dekat Shopee atau pun dekat website yang boleh dipercayai macam Klook. Ini pun dalam KLCC jugak tau.
5. Tugu Negara & Taman Botani
Kalau korang nak lawat tempat bersejarah sambil sambil nikmati alam semula jadi, Tugu Negara & Taman Botani adalah lokasi sesuai untuk korang buat aktiviti ni. Banyak juga tau tempat menarik untuk korang bergambar.
Sekadar selingan Tugu Negara ni dibina pada 8 Februari 1966 sebagai tanda penghormatan kepada 11,000 pejuang yang gugur dalam tiga perang besar iaitu Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Darurat Malaya.
Artikel asal: Cerita Huda