Tips Rawat Masalah Rambut Gugur Akibat Menopause
Menopause adalah salah satu fasa yang paling takut orang perempuan nak hadapi sebab bila dah menopause tandanya diri tidak lagi berada dalam keadaan subur. Masa ni jugaklah emosi akan macam roller coaster, sekecil-kecil benda pun boleh jadi trigger pada perubahan emosi.
Dan masalah rambut gugur yang memang biasanya berlaku boleh jadi makin teruk masa fasa ni disebabkan ketidakseimbangan hormon tadi. Untuk wanita, keguguran rambut boleh sebabkan keyakinan diri semakin merendah bila mana mahkotanya dah semakin ‘tiada’.
Jadi untuk yang dah menghampiri fasa menopause atau pun memang ada masalah rambut gugur yang teruk, Betty ada cadangan rawatan untuk korang.
Plantur 39 Phyto-Caffeine
Selama bertahun-tahun jalankan penyelidikan, syarikat kosmetik dari jerman, Dr. Wolff akhirnya berjaya juga temui khasiat dalam kafein yang mampu membantu masalah keguguran rambut.
Dalam fasa trial selama 3 bulan, 284 orang wanita dalam kalangan umur 40-64 dah berjaya atasi masalah keguguran rambut dorang dengan hanya pakai produk Plantur 39 Phyto-Caffeine ni.
Dengan kandungan kompleks kafein aktif, ia bukan setakat bantu akar rambut untuk jadi lebih kukuh, tapi juga tingkatkan daya tahan kulit kepala, rambut dan mendorong semula pertumbuhan rambut.
Caranya mudah je, lepas apply syampu biarkan antara 2-5 minit sebelum bilas. Lepas tu bolehlah teruskan dengan conditioner & tonik.
Dah tak perlu risau dengan masalah rambut gugur menjelang/semasa menopause. Hilang satu stress, kita cari jalan lain untuk cari solusi penyebab stress lain pulak.
Dah tiba masanya kita raikan kehadiran menopause sebagai satu cycle yang akan dilalui setiap yang bergelar wanita.
Be happy!
Artikel asal: Beauty Journey
Kredit gambar utama: Static via Health Magazine