Apa Yang Best Sangat Pasal Foreo UFO Ni?

Keadaan di Malaysia dah tak sama macam dulu. MCO sekali lagi terpaksa dilaksanakan bagi membendung penularan kes. Aktiviti sosial yang dulunya bebas kita buat, sekarang terpaksa dihadkan. Antaranya nikmati me-time dekat spa 2 minggu sekali.
Bila benda dah jadi rutin, agak pelik untuk tinggalkan tak? So korang yang biasa pergi spa nak buat facial tu, Charmaine ada solusi untuk korang rasa macam buat facial dekat rumah tapi feeling dia macam facial spa.
Sejak dari Disember 2020, Charmaine bergantung pada Foreo UFO untuk gantikan sesi facial dekat spa. Sebab kulit Charmaine memang jenis kalau biar je akan ‘terseksa’.
Kalau korang belum miliki lagi Foreo, inilah masa untuk korang dapatkan 1 untuk diri sendiri. Ada 2 jenis yang diperkenalkan dalam rangkaian yang baru ni iaitu Foreo UFO 2 dengan Foreo UFO mini 2.
Fungsi
Kedua device ni merupakan rawatan yang berikan terapi cahaya LED spectrum penuh dengan teknologi hyper infusion yang berfungsi untuk hidupkan semula kulit. Dalam 90 saat kulit korang boleh nampak macam baru lepas keluar spa!
Indikator warna lampu
- Merah – rangsang pengeluraran kolagen
- Biru – menghapuskan bakteria jerawat dan balancekan pengeluaran minyak
- Hijau – sekatakan tona kulit & kulit kusam
- Putih – kembalikan tona & ketegangan kulit. kurangkan bengkak muka
- Ungu – hilangkan toksin, bantu kulit lebih radiant & cepatkan proses penyembuhan
- Oren – mengurangkan kesan kerosakan disebabkan matahari, promote glowing secara sihat
- Kuning – bantu rawat masalah sunburn, kurangkan bengkak
- Cyan – anti flammatory untuk tenangkan kulit yang stress
Foreo UFO 2 & Foreo UFO Mini 2
Datang dengan 3 warna – Fuschia, Mint & Pearl Pink, Foreo UFO 2 ni 100% waterproof dan dibuat daripada silikon medical grade. Jadi memang senang nak cuci.
Kalau beli Foreo UFO 2 & Foreo UFO Mini 2, akan dapat:
- smart mask device
- 1pcs mask
- caj kabel USB
- UFO stand
- Sample serum
Untuk Foreo Mini 2, dia akan nampak macam kecil tapi sebenarnya tu illusi je sebab bahagian yang warna gold untuk Foreo Mini 2 lebih kecil daripada UFO 2.
Beza Foreo UFO 2 & Foreo UFO Mini 2
Kalau korang perasan, beza paling besar antara 2 device ni ialah Foreo UFO Mini 2 tak ada fungsi Cryo-Therapy yang bantu untuk kulit lebih tenang, tegang dan kurangkan pori dekat muka.
Dan satu lagi ialah dekat Foreo UFO Mini 2 juga tak boleh customize sendiri treatment yang korang nak macam suhu, warna LED dengan denyutan T-Sonic yang boleh dikawal dalam aplikasi Foreo.
Cara Gunakan
1. Download app Foreo dekat Google Play Store & Apple App Store
2. Tekan butang universal power button & connect device dengan handphone guna Bluetooth.
4. Remove attachment ring dari Foreo UFO.
5. Pilih nak fungsi yang mana & masukkan mask ke dalam device Foreo tadi.
6. Klipkan semula attachement ring dengan logo Foreo di bahagian atas dan tekan butang Start Treatment.
Senang je kan? Kalau korang berminat nak tahu apa-apa pasal Foreo bolehlah lawat IG @foreo_my.
Artikel asal: Tall Pisces Girl