Hotel Terbaik Di Langkawi Dengan View Tercantik
Dengar-dengar cerita, mereka yang dah cukup 2 dos boleh melancong ke Langkawi bermula September nanti. Apa-apa pun kita sabar jelah tunggu pengumuman macam mana.
Musim PKP ni, ramai juga yang selamat melangsungkan perkahwinan. Tapi tak sempat nak berhoneymoon sebab kena #StayAtHome.
Haa, buat korang yang plan nak honeymoon dekat Langkawi tu, Comel ada cadangan hotel dengan view tercantik dekat Langkawi. Memang betul-betul feel tepi laut.
The Danna Langkawi
Kalau pergi sini, memang dah tak payah keluar. Sebabnya tempat ni katanya terlampau best. Sampai-sampai je depan pintu, tetamu dah disambut macam VVIP. Dan sementara nak tunggu dapat bilik tu, tetamu akan diberikan dengan welcome drink & quick massage.
Terus terasa segar.
Comel dapat bilik Viceroy Private balcony with tranquil sea view and pool view. Bilik dia memang sangatlah cantik, perabot pun eksklusif. Terasa hilang segala penat, stress yang ada sebelum ni.
Korang tengoklah pemandangan yang dapat dinikmati dari balkoni bilik dan kawasan sekitar hotel. Semua port memang cantik-cantik. Dengan bayu lautnya, nikmat!
Princess Beach Villa
Lepas tu esoknya, Comel pun check in dekat Princess Beach Villa. Yang bestnya dekat sini memang sangat sangat private. Villa siap private poll siap dengan servis nak massage dekat villa korang. Tak payah dah pergi spa.
Antara benda lain yang nice, siap ada aram laut ye untuk korang rileks rileks dalam bath tub. Toiletries semua lengkap. Dah tak payah susah susah bawa dari rumah.
Terasa macam princess pulak, semua kehendak dilayan. Duduk dalam bilik besar, boleh tengok keindahan alam tanpa perlu keluar sebab dinding kaca. Feeling-feeling nikmati minum teh, memang onz.
View malam pun sangatlah cantik. Rasa sejuk dari angin laut tu buat hati rasa tenang je.
So kalau korang cari penginapan 5 bintang yang tip top semuanya, bagi Comel Princess Beach Villa adalah pilihan terbaik. Nak lari sekejap dari kesibukan kota, masalah kerja, memang sangat sesuai.
Kalau korang cari yang fasliti banyak, kualiti cust servis pun tiptop, bolehlah pilih The Danna Langkawi. Memang rasa macam tak nak balik.
Artikel asal: Comel Comot