Kaki Starbucks Dah Boleh Kumpul STAR Untuk Dapat Kopi Free

Korang ada habit tak, macam beli dekat sesuatu tempat tu sebab nak dapatkan rewards jer? Biasanya reward tu datang dalam bentuk point yang boleh redeem dalam bentuk diskaun atau pun produk free.
Dengar kata Starbucks pun dah ada bagi reward dekat pelanggan setia dorang tau sempena dengan Loyalty Program yang dilancarkan. Nak tahu lebih lanjut? Jom baca apa yang KP share dengan korang pasal program ni.
***
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Cuba teka! Sekarang dah tak payah lagi korang tunggu-tunggu sebab ia dah dilancarkan secara rasmi!
STARBUCKS MALAYSIA
Dengan feedback yang dikumpul dari pelanggan, Starbucks Malaysia dah buat penambahbaikan sebagai usaha untuk terus tambah pengalaman pelanggan.
LOYALTY PROGRAM
Mulai 30 Jun, pelanggan yang merupakan ahli di seluruh negara akan dapatkan reward dalam bentuk star/bintang bila korang gunakan kad Starbucks berdaftar. Tak kisahlah di kedai atau pun aplikasi. Beli makanan/minuman semuanya akan dapat reward.
Jadi dengan pelancaran program ni, pengguna iOS dan Android dah boleh dapatkan promo-promo menarik dari aplikasi je. Program lebih banyak bawa faedah, dan korang boleh tahu tawaran menarik dari aplikasi je.
GANJARAN STARBUCKS
Dengan setiap RM1 yang korang belanja, korang akan dapat 1 star/bintang. Contohnya kalau star korang dah ada 200, korang boleh pilih nak redeem nak handcrafted beverage kecuali Reserve atau pun makanan terpilih dalam saiz Grande.
Bukan tu je, pelanggan juga akan dapat akses untuk kelebihan eksklusif:
- Double Stars Day
- Ganjaran Hari Lahir
- Tawaran Promosi Peribadi
- Jemputan untuk aktiviti/acara eksklusif – taste test kopi & berita pasal brand
- Boleh dapat akses awal untuk produk baru & pelancaran
Sementara tu, bermula 1-31 Julai ni, siapa yang buat pembelian RM200, star tambahan 50 akan diberikan tau. Nak join pergi je dekat app dan joinlah Starbucks Rewards.
Nak maklumat lanjut korang boleh lepak dekat: https://starbucks.com.my/https://starbucks.com.my/
Artikel asal: Kitepunye