5 Cara Habiskan e-Belia Korang Guna ShopeePay Sebelum 31 Julai Ni
Yang dapat kredit eBelia tu, korang dah redeem habis ke? Jangan lambat-lambat, sebab 31 Julai ni last tau untuk korang redeem tau.
Kalau dah tak tahu nak beli apa, meh sis bantu korang.
First sekali, tahniahlah siapa yang dapat claim RM150 kredit eBelia daripada Shopee tu! Dengan tambahan baucar RM500, memang peluang bagus lah untuk korang grab barang-barang perlu musim #StayAtHome ni.
Tak tahu nak beli apa? Ini 5 cadangan untuk korang spend kredit ShopeePay secara online & offline.
1. Makanan
Korang tahu tak yang ShopeePay dah diterima dekat premis makanan dengan guna kod QR. Yang bagusnya, lepas je korang guna kredit eBelia tu, korang boleh dapat balik cashback RM5 lagi dengan minimum spend RM10.
Dalam masa sama, boleh juga korang order makanan dari DeliverEat dan KFC & bayar je guna ShopeePay. Kalau dekat KFC, korang boleh dapat RM4 cashback dengan minimum spend R25.
Nak tambah nilai lagi, belilah baucar ShopeePay thru ‘Deals Near Me’ yang mana baucar tu korang boleh je redeem dalam masa sama dapatkan cashback.
2. Buku
ShopeePay sekarang dah diterima dekat kedai buku macam Borders & MPH. Kadang-kadang sale korang boleh dapat buku dengan harga 10sen, 40% cashback tanpa min spend!
Kalau korang suka Big Bad Wolf, korang boleh pergi je search dekat Shopee. Macam-macam kategori ada. Tinggal pilih, masuk baucar dan tunggu cashback.
3. Barang keperluan
Dengan bajet yang tight, korang bolehlah beli je sabun, mi segera atau apa-apa barang keperluan gunakan kredit eBelia ni. Kalau macam beli dekat TF Value-Mart, Mydin, Billion, korang boleh dapat lagi RM3 dengan min spend RM15 di ShopeePay.
Atau pun korang rilek je goyang kaki dekat rumah beli je thru Mydin & Billion Official Store dekat Shopee. Yang penting jangan lupa gunakan baucar Free Shipping & coin Cashback.
4. Self reward
Tak salah pun nak self-reward diri sendiri musim pandemik ni. Belilah kasut sukan dari Al-Ikhsan ataupun barang makeup dari Mary Kay ke. Banyak je offline store yang accept payment guna ShopeePay.
5. Derma
Korang jugak boleh gunakan kredit eBelia ni dengan mendermakan kepada pihak-pihak yang memerlukan. Sebagai contoh, website Simply Giving yang terima donation dari ShopeePay.
Macam mana pun korang pilih nak habiskan kredit eBelia korang, yang paling utama spend dengan bijak okey? Maklumat lanjut pasal eBelia ShopeePay boleh tengok dekat sini: https://shopee.com.my/m/ebelia-claim
Artikel asal: Mouse Mommy Treats