All Together Now Malaysia Dihentikan Sementara!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
ALL TOGETHER NOW MALAYSIA DIHENTIKAN SEMENTARA!| Baru sahaja menyiarkan program episod pertama Ahad lepas mendapat pelbagai reaksi dari yang positif juga negatif. Terkini, viral tentang program ini dikatakan melanggar operasi standard (SOP) dikala pandemik sedang berlaku kini.
ALL TOGETHER NOW MALAYSIA
Pihak penerbitan rancangan ‘All Together Now Malaysia’ memutuskan untuk menghentikan sementara program tersebut. Sehingga siasatan berkaitan dakwaan berlakunya pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) selesai. Rakaman program tersebut dibuat pada Mac lalu di Putrajaya sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0). Kongsi Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad.
RAKAMAN PROGRAM
“Krew penerbitan telah menjalankan ujian calitan Covid-19 ke atas semua yang mengambil bahagian sebelum rakaman bermula. Hanya mereka yang berstatus negatif sahaja dibenar meneruskan rakaman. Set yang dibina telah mengambil kira penjarakan fizikal antara juri dan berjarak 1.5 meters antara juri. Selain itu diletakkan penghadang lutsinar antara mereka,
Rakaman program tersebut juga turut dihadiri wakil daripada agensi-agensi keselamatan.
KERTAS SIASATAN DIBUKA?
Satu laporan berita tempatan memaklumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengarahkan agar siasatan dilakukan. Ini kerana penerbitan rancangan berkenaan susulan dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP).
Siasatan ke atas rancangan itu akan dikendalikan Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), jelas laporan itu. Laporan itu turut memetik bahawa KKMM akan mengambil tindakan sewajarnya. Seandainya mereka mengenal pasti wujud berlakunya pelanggaran SOP sepanjang rakaman program berkenaan” – kata Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd Rabin Basir,
ALL TOGETHER NOW MALAYSIA disiarkan setiap hari Ahad pada jam 9 malam. Sejarah baharu dalam pertandingan nyanyian di Malaysia bakal tercipta apabila kita bersatu dengan lagu. Bersiap-sedia bersama 50 juri untuk menyanyi bersama dalam pencarian penyanyi kegemaran Malaysia. Dato’ AC Mizal bakal mengalas tanggungjawab selaku Kapten Juri bersama 49 juri untuk menentukan 2 peserta terbaik setiap minggu.Maklumat lanjut tentang program ini sama ada video atau artikel boleh layari https://rancangan.gempak.com/all-together-now