Tips Memandu Lepas Lama ‘Bersara’
Ramai kan yang rasa driving ni susah walaupun dah bertahun dapat lesen. Macam Sherlyn.
Sherlyn baru-baru ni beli kereta bila balik JB, dan wow. Masa nilah rasa agak terseksa. Sherlyn cuba drive tapi boleh pergi dalam 20km/j je. Selalu kena hon, tak berani nak parking, tak berani nak potong orang dan macam-macam lagilah.
Tapi lepas 2 bulan, skill Sherlyn makin okey tapi masih lagi takut sebab tak kenal jalan dan tempat nak pergi pun agak limited.
Jadi buat korang yang ada masalah macam Sherlyn, ini ada beberapa tips yang Sherlyn nak kongsi lepas 2 bulan practice.
1. Selalu jadi sopan
Dekat jalan raya, Sherlyn akan jadi noob dan berterima kasih dekat kenderaan yang bagi laluan dekat Sherlyn, brake sebab Sherlyn dan sabar dengan driving skill Sherlyn yang teruk.
2. Bagi signal
Sherlyn dulu ada mindset, kenapa kena bagi signal kalau orang lain pun tak pernah bagi. Tapi akhirnya Sherlyn realise yang bagi signal tu tak susah pun dan boleh buat Sherlyn jadi lebih selamat sebab driver lain boleh tahu Sherlyn nak buat apa. Ye, walaupun bagi signal buatkan Sherlyn kurang cool dan lebih noob, tapi demi keselamatan, baiklah bagi signal kan sebelum buat apa-apa.
3. Buat pilihan
Dulu Sherlyn selalu tak tahu nak pergi mana, jalan mana nak masuk. Jadi Sherlyn selalu memandu dekat lorong tengah. Jadi dengan tentukan mana Sherlyn nak pergi, Sherlyn tak buat driver belakang tertanya tanya apa yang Sherlyn nak buat dan boleh kurangkan risiko kemalangan.
Ini yang Sherlyn rasa dan Sherlyn buat dan Sherlyn masih berusaha untuk asah driving skill Sherlyn. Tak tahulah kenapa susah sangat. Semoga apa yang Sherlyn share ni dapat bantu korang yang ada masalah yang sama.
Sayang,
Sherlyn
Artikel asal: Read Sherlyn