Resepi Butter Chicken Paling Mudah Tapi Sedap
Assalamualaikum
Banyak kali dah Yuyu share kat Instagram (@yuyuzulaikha). Setiap kali orang tanya resepi, alamak, lupalah pulak aku nak ambik gambaq. Haha. Jadi, kali ni, alang-alang dah nak masak Butter Chicken lagi, cepat-cepat pegang camera. Habis camera bau hanyir ayam –‘
Sebenarnya, nama resepi ni, ada yang panggil Butter Chicken, ada yang panggil Buttermilk Chicken. Dan resepinya pun banyak. Sebanyak-banyak resepi, Yuyu dah alter ikut minat tekak Yuyu dan suami. Kami ikut tekak kami yang suka benda-benda cheese. Sebab ada juga resepi orang lain jenis tak ber-cheese.
Kalau sapa yang berselera keju/cheese macam Yuyu, memang resepi ni terbaik. Haha. Bukan puji resepi sendiri, tapi, adoi, tak tau nak cakap apa, sedap dia sampai kami laki bini ketagih weh. Kami takkan biarkan sikit pun kuah dia tertinggal sampai kami jilat periuk ok. Sumpah tak tipu. >.<
Okay lah, kang korang meluat, korang seterika muka Yuyu pulak kang. Baik Yuyu mula. Resepinya mudah sahaja.
BAHAN-BAHAN: (untuk 4-5 orang makan)
- ++500gm chicken fillet/chicken keel
- 6 biji cili padi (ikut tahap pedas, dipotong)
- 3 ulas bawang putih (dihiris)
- 1 biji bawang Holland (dihiris)
- 2 pelepah daun kari
- 3 sudu besar salted butter
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu besar serbuk kari
- 2 sudu kecil garam atau kurang
- 2 keping cheddar
- 1 tin susu cair Carnation
- Sedikit air untuk gaul tepung & ayam
Bahan-bahan dia senang je nak jumpa. Berkaitan dengan susu cair tu, Yuyu pernah buat eksperimen. Pernah guna Ideal ke atau F&N, tapi tak berapa sedap sangat, sebab resultnya akan jadi macam manis sikit. Hmm. Potong betul. Jadi, selamanya sekarang kalau buat Butter Chicken, Yuyu akan guna susu cair Carnation. Hasilnya, Butter Chicken akan jadi lebih creamy baq ang!
CARA-CARA:
1) potong isi ayam menjadi dadu, kesemuanya.
2) satukan potongan ayam tadi bersama tepung, garam, serbuk kari dan air. Sukatan air adalah bebas, asalkan boleh salut ayam. Penting untuk letak garam. Jangan terlalu banyak, nanti mashinnn. Tak sedap.
3) goreng ayam yang disalut dengan tepung tadi sehingga ayam masak, tapi jangan sangat garing. Kalau garing, nanti jadi liat. Dan toskan
4) selesai hal goreng ayam. Sekarang, tumis bawang Holland, bawang putih, daun kari, dan cili padi menggunakan BUTTER. Tumis hingga bawang Holland nampak hidup segan mati taknak. Layu je.
5) tuang susu cair Carnation dan kacau dalam seminit
6) masukkan kepingan Cheddar, dan kacau hingga cheddar tadi cair 100%. Biar sebati dengan bahan-bahan tadi.
7) masukkan gorengan ayam tadi. Kesemuanya. Dan teruskan kacau. Api slow juga.
8) settle! Ucap Alhamdulillah. Ada menu baru hari ni. Hehe
Penting diingatkan resepi ni sesuai untuk yang suka keju. Memang sedap yang amat-amat weh. Dia macam rasa Timur dan Barat. Haa. Rasa macam masak kampung, tapi urban kampung. Gitu! Kalau korang tak berapa suka cheese, try tak payah letak cheese, pun korang akan suka nanti.
Disebabkan dah selalu masak Butter Chicken ni, jadi, dah macam-macam eksperimen dah Yuyu buat. Letak kentang lah, letak telur lah. Haha. Tapi, yang ni juga paling sedap di Bima Sakti. Apa-apa pun, korang try lah buat. Kalau sedap, bagitau Yuyu ok? Kalau tak sedap, anggap sedap jugak! :p
Butter Chicken ni, time panas dia cair, time sejuk, dia pekat gila, cheese kannn. Sedap makan dengan nasi, atau ratah macam tu je.
Selamat mencuba!
Artikel asal: Yuyu Zulaikha