Bilik Mandi: Pintu vs Langsir, Mana Satu Yang Lagi OK?
Bilik air korang sekarang guna apa? Kalau korang guna langsir dan bukannya pintu untuk kawasan shower, maka korang kena baca artikel ni.
Bilik air ni dah macam salah satu kawasan peribadi kita. Jadi, wajarlah kalau kita pilih yang terbaik nak dipasang dekat dalam tu. Sekarang ni kan banyak pilihan yang korang boleh pilih untuk dekorasi dalaman bilik air. Dari tab mandi sampailah mangkuk tandas kalau boleh nak ambil yang terbaik untuk kita rasa selesa setiap kali masuk ke dalamnya.
Kalau korang pilih pintu untuk kawasan shower, pilihlah daripada kaca khas yang jauh lebih baik daripada langsir polivinil. Tapi korang kena putuskan jugak sama ada nak pasang pintu yang ada frame atau pun tak.
Semuanya bergantung kepada bajet. Dengan bajet, korang boleh pilih yang terbaik untuk bilik air korang. Tapi dekat sini Kelly nak bagitahu kenapa korang kena pilih pintu shower daripada langsir.
1. Bilik air jadi luas
Kalau bilik air korang kecik, nak ubah suai tu memang susah sikit. Jadi nak tak nak kena sesuaikan ikut ruang. Contohnya dengan buat bilik air korang jadi luas. Pemilihan pintu kaca adalah pilihan terbaik.
Pintu kaca akan buatkan ruang korang lagi nampak besar daripada saiz sebenarnya dan yang penting tetap selesa. Untuk frame pulak, korang boleh pilih ikut kesesuaian tapi biasanya nak lagi best, korang boleh customize.
Berbeza dengan langsir, pintu kaca ni boleh tingkatkan aliran udara bersih.
2. Long lasting
Kalau korang bosan dengan stail tradisional, korang boleh pilih untuk pilih pintu kaca dengan gaya moden dan mewah. Boleh anggapbeli pintu kaca untuk bilik mandi ni macam satu pelaburan.
Jangka hayat pintu kaca ni lagi panjang berbanding dengan langsir. Walaupun harganya kalau nak dibandingkan memang jauh beza, tapi sebab jangka hayatnya yang long lasting buatkan kerja pembersihan korang jadi mudah. Lumut pun tak mudah lekat.
3. Pencahayaan
Pencahayaan adalah salah satu faktor yang kena korang ambil kira masa pilih reka dalaman bilik mandi. Sebab tak semua bilik air possible untuk pasang lampu dekat semua tempat.
Pencahayaan penting sebab mudah korang nak buat rutin dekat dalam tu. Berbanding langsir, pintu kaca adalah option terbaik daripada langsir. Sebab kaca boleh reflect cahaya dekat keseluruhan bahagian bilik mandi berbanding langsir yang ‘serap cahaya’.
4. Low maintenance
Seiring dengan masa, kualiti barang pun akan semakin menurun. Sebab itulah pentingnya pintu kaca berbanding langsir sebab kaca ni tahan lama, mudah untuk dicuci dalam beberapa minit je.
Kalau langsir? Memang lamalah masa nak mencucinya. Yang paling penting, tetap tak hygienic kalau korang mandi dekat bilik mandi yang tak bersih.
Untuk bersihkan pintu kaca, korang hanya perlukan kain dan beberapa bahan pencuci. Yang homemade macam baking soda & cuka pun boleh.
5. Boleh customize
Inilah sebab paling ramai kenapa orang pilih pintu daripada langsir. Sebab boleh customize ikut saiz yang dia nak dan design. Pilihlah yang mana satu fit untuk korang punya bilik mandi.
6. Lebih selamat
Kelemahan utama bila pakai langsir adalah safety sebab langsir yang labuh boleh bagi risiko tinggi untuk korang jatuh tergelincir. Sebab tu pakai pintu kaca lagi selamat sebab risiko ‘kemalangan’ berlaku agak rendah. Terutamanya lepas korang buat kerja-kerja mencuci.
7. Tingkatkan nilai rumah
Kalau korang ada niat nak jual semula rumah tu, dengan keadaan rumah yang cantik termasuklah bilik mandi, maka harganya akan boleh jadi tinggi. Jadi penukaran pintu kaca daripada langsir memang pilihan yang tepat.
Dah tahu kan kenapa ramai orang pilih pintu kaca daripada langsir? So, lepas ni bolehlah korang pilih mana yang sesuai bukan takat dengan deko bilik air, tapi jugak dengan harga yang mesra poket ikut bajet sendiri.
Artikel asal: Sunshine Kelly