Dalam Banyak Banyak Jenis Gemuk, Korang Yang Mana Satu?
Dekat media sosial, selalu tak korang jumpa orang cakap gemuk ni sebenarnya ada banyak jenis?
So, buat yang tak tahu lagi apa jenis gemuk yang ada, meh sini Zee nak share sikit apa jenis gemuk yang ada dalam dunia ni.
1. Gemuk air
Gemuk air ni orang kata sebab terlampau banyak sangat minum air sampai berlebihan dalam badan. Sampai ada yang samakan belon yang diisi air, itulah badan orang gemuk air. Berkocak-kocak bila digerakkan.
2. Gemuk daging
Untuk gemuk daging pulak, badan terlampau banyak isi sampai rasa pejat dan berat. Untuk gemuk ni, orang kata badan tak menggelebeh macam gemuk air sebab daging tu solid. Gituuh!
3. Gemuk angin
Orang gemuk angin mesti banyak kentut sebab penuh berisi angin dalam badan dia. Selain kentut, dia juga boleh sendawa sebab nak keluarkan angin yang ada. Bentuk badan gemuk angin ni taklah menggelebeh dan tak jugak nampak padat sebab dia angin je. Tapi badan akan nampak macam sembab sikit.
Tapiiiii chuouls, tak bolehlah nak percaya bulat-bulat yang dalam dunia ni ada jenis gemuk. Sebab bak kata pakar pemakanan, Fizah Sobri GEMUK IS GEMUK!
Tak ada jenis jenis sebab dalam dunia ni hanya ada jenis gemuk lemak je. Tak ada jugak istilah tulang berat ke apa sebab ada orang makin dia berusia tulang dia makin ringan, ada jugak yang sebaliknya.
Untuk korang yang tengah cuba nak kuruskan badan yang bambam tu, rajin rajinkanlah diri untuk bersenam sebab dengan buat aktiviti fizikal, kalori akan keluar atau terbakar.
Kalau korang suka makan, tapi korang bakar balik lemak-lemak yang ada dengan bersenam chances untuk korang tetap kurus tu masih ada.
Teruskan usaha gais! Masih tak terlambat.