3 Cara Mudah Simpan Duit Setiap Bulan
Menabung adalah amalan yang boleh dikatakan sebagai satu perjuangan yang berterusan. Bila kita tengok pada trend ekonomi semasa, korang akan nampak kenapa ianya dipanggil sebagai perjuangan. Kadar gaji masih sama, kalau ada peningkatan pun cuma sedikit tetapi masih sekadar cukup makan walau sekeras mana pun usaha kita.
Perbelanjaan saban hari makin meningkat, adakalanya terlampau laju. Tak terlepas, yuran pengajian, kos perubatan, kadar sewa rumah hartanah dan juga tiket untuk bersosial.
Korang perlukan bantuan? Ini 3 cara mudah yang boleh korang ikut untuk menyimpan setiap bulan.
Simpan Untuk Bayar Pinjaman
Tak dinafikan, dengan peningkatan yuran pengajian, ramai graduan yang terseksa nak bayar hutang pengajian. Sampai ada yang terpaksa buat pilihan sama ada nak teruskan pengajian atau give up je.
Tapi kita bernasib baik sebab sebenarnya ada cara untuk kurangkan bayaran bulanan loan pengajian ni. Caranya mudah je, jalinkan kerjasama dengan pemberi pinjaman peribadi untuk biaya semula pinjaman korang. Cara ni mudah sebab semua pinjaman akan jadi satu pinjaman dengan satu kaedah pembayaran je.
Bawa Bekal
Salah satu yang dapat jimatkan perbelanjaan setiap bulan adalah dengan tak berbelanja untuk makan dan minum dekat luar. Walaupun korang rasa macam perlu reward diri sendiri dengan secawan kopi setiap hari, cuba fikir berapa yang korang akan belanjakan setiap minggu sampailah bawa ke setahun. Sama juga macam makan dekat restoran.
Kalau korang nak makan special tapi tak perlukan kos yang tinggi, masak sendiri. Ikut kelas online atau pun video YouTube untuk belajar masak dari awal. Korang akan nampak yang mana makanan yang sedap tu sebenarnya kos dia kecik je.
Jadi Pembeli Yang Bijak
Kalau korang ubah cara korang shopping, korang akan nampak yang sebenarnya korang sebelum ni bayar lebih daripada apa yang korang patut bayar. Kalau korang serius nak jimat berbelanja setiap bulan, korang akan pergi cari barang yang ada sale, tak pun masa ada promosi hebat macam Buy 1 Free 1.
Pengguna bijak ni bukan takat belanja masa sale je, tapi juga bijak nak bandingkan harga sebelum buat bayaran. Percayalah dengan jadi pembeli yang savvy, korang mampu jimat banyak duit setiap bulan!
Artikel asal: Sunshine Kelly