Selangor Syurga Buat Kaki Shopping, Tahu Tak Kenapa?
Sekarang ni trend orang melancong bukan setakat nak tengok tempat-tempat menarik yang ada je, tapi juga cuci mata dengan cara window shopping.
Orang datang mall bukan sekadar nak cuci mata, tapi juga datang untuk bersosial dengan kawan-kawan dan berhibur.
Semua orang tahu yang dekat Selangor ni memang berlambaklah tempat shopping. Dengan kata mudah, surgalah buat yang kaki shopping tu. Tapi kenapa Selangor?
1. Lubuk jenama mewah
Buat yang suka buat window shopping barang berjenama, memang akan pergi mall dekat Selangor. Yang paling best kalau korang nak cari jenama-jenama mewah yang original. Tak payah risau pasal fake, berbanding dengan masa beli online.
Dekat Selangor ni jugak adanya mall paling besar dekat Malaysia! 1Utama Shopping Centre ni datang banyak kali pun boleh sesat, sebab dia punya besar tu memang no komen lah. Balik boleh pengsan tertidur sebab penat pusing cuci mata.
Tempat pun cantik nak OOTD!
2. Sokong barangan tempatan
Kalau korang jenis memang suka memborong, GM Klang Wholesale City adalah lokasi mall paling sesuai. Nak borong untuk jual semula, nak beli baju keluarga untuk majlis perkahwinan, bolehlah ke sini.
Harga tak payah cakap banyak. Memang murah dan boleh nego lagi sampai jadi!
3. Pasar malam urban
Nak cari pasar malam urban atau uptown memang mudah sangat dekat Selangor. Uptown ni dah macam salah satu escape yang jadi rutin rakyat Malaysia. Antara uptown yang menarik untuk korang lawat dekat Selangor: Uptown Shah Alam, Uptown Kota Damansara, Uptown Jalan Reko dan Uptown Puchong.
Zee rasa 3 sebab ni pun dah cukup buatkan orang nak datang Selangor untuk cuci mata dan shopping sakan.
Kalau korang nak tahu, kerajaan Selangor ada buat kempen melawat Selangor yang mana antara aspek yang diberikan penekanan adalah keselesaan dan keselamatan pengunjung yang datang ke mall.
Nak lebih mudah berjalan dekat Selangor musim COVID-19 ni, korang download apps ‘Selangkah’. Scan dan langkah. Lebih mudah!
Nak tahu banyak lagi tempat menarik dekat Selngor, korang boleh check out website rasmi Tourism Selangor: http://selangor.travel/
Selamat melancong!
Kredit gambar utama: Paracelsus Recovery