Dijandakan Hanya Kerana Pakai Baju Kelawar Lepas Kahwin?
Kalau masa PKP, viral golongan lelaki suka pakai baju kelawar sebab katanya selesa.
Yang baru ni pulak kecoh dekat Twitter pasal perempuan yang pakai baju kelawar dekat rumah lepas dah berkahwin nampak macam bibik.
Satu perkongsian dari akaun Twitter @twtmalaywedding bongkar sisi gelap baju kelawar ni. Katanya ada yang sampai ditinggalkan suami hanya kerana baju kelawar!
Ada juga antara suami yang buang baju kelawar milik si isteri mungkin sebab rimas kot isterinya asyik pakai baju kelawar. Ada yang kata, dari kaca mata suami baju kelawar tu tak kemas.
Isu ni mungkin remeh tapi ramai yang sokong sebenarnya. Sebab korang tengok sendiri, ramai yang bercerai sebab alasan tak masuk akal. Contohnya suami/isteri picit ubat gigi bukan dari bawah tapi dekat tengah.
Isu-isu yang kecik ni kalau tak ada toleransi bila dikumpul memang boleh meletup.
Untuk isteri, tak salah pun kalau korang duduk dekat rumah seksi sikit untuk tatapan suami je. Baju kelawar tu pakai sekali sekala dahlah.
Tapi suami pun janganlah asyik nak isteri je seksi seksi kalau korang pun pakai singlet dengan kain pelikat je. Tak pun duk berboxer memanjang. Dan jangan lupa melabur juga untuk isteri korang kalau nak dorang pakai baju yang lain dari lain. ;p
Kenalah give & take bak kata omputihh. Tak gitu?