EVA Air Buat Servis Cari Jodoh ‘Terbang Seorang, Pulang Dengan Pasangan’
Buat girls yang masih single dan tengah cari jodoh, ini adalah berita baik untuk korang!
Satu syarikat penerbangan dari Taiwan, EVA Air kini tawarkan servis cari jodoh buat pelanggan yang ‘terbang’ dengan mereka. Bak kata slogan kempen yang diberi nama ‘Fly!! Love is flying sky’ – terbang sorang, balik dengan pasangan.
Flight tanpa destinasi ni akan fly lebih 3 jam turut disediakan makanan yang dimasak cef popular Motoke Nakamura akan berlepas di lapangan terbang Taipei mengelilingi Taiwan.
Dalam masa 3 jam tu, Zee percaya ada antara penumpang yang akan bertemu jodoh mereka. Lagi pula duduk di ruangan bertutup jauh jauh dari gangguan buatkan korang boleh bersembang pelbagai perkara.
Tempat duduk akan diberikan secara random dan tiada larangan untuk penumpang bergerak dan beramah mesra dengan penumpang lain. Malah masa akhir penerbangan nanti, penumpang boleh berterus terang siapa pilihan hati dorang.
Sejak-sejak banyak sempadan negara ditutup, banyak airline yang buat perjalanan palsu untuk lepaskan craving mereka yang nak fly. Harapnya nanti dekat Malaysia pun buatlah juga.
Zee dah gatal kaki nak pergi airport ni. ;p
Korang juga mungkin berminat nak baca:
Girls, Jom! Pulau Faroe Destinasi Paling Sesuai Untuk Wanita Bujang Cari Jodoh